TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu
Tuesday
Tajjali Allah
Friday
Tempuhi Rempuhi dengan Redha
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Monday
MERENDAH DIRI DENGAN ILMU
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
Semakin banyak kita mencari ilmu pengetahuan.....
Semakin banyak terasa kekurangan nya.
Semakin banyak kita membaca.....
Semakin banyak kecetekan ilmu kita
Semakin banyak kita mengkaji.....
Semakin tinggi puji syukur pada ILahi
Semakin banyak kita pelajari.....
Semakin besar rasa merendah diri.
Semakin banyak kita mengambil pengajaran...
Semakin terbentuk manis nya iman.
~ ا ب ت~
Hidupkan Cinta kerna dalam Jiwamu ada Cinta..
Insan diwujudkan untuk berTuhan
Insan dilahirkan utk berKasih Sayang
Tanpa Tuhan
Manusia tiada akan temui kebahgiaan
Tanpa Kasih Sayang
Alam tiada akan temui kedamaian
Kehidupan tiada boleh bersendirian
Perlu menghormati sesama insan
Walaupun berbeza Posisi dan Taraf
Namun hakikat kita saling memerlukan
Sepinggan nasi yang terhidang
Menyatukan pelbagai golongan
Nelayan,Penternak,Petani dan Peniaga
Semuanya bergerak posisi masing²
Demi memberi keNikmtan sesama insan
Kenapa kita perlu angkuh?
Jika diberi Kekayaan dan Kekuasaan
Adakah si Kaya boleh hidup jika tiada si Miskin?
Adakah Raja boleh berdiri jika tiada rakyat?
Bagaimana kita boleh damai jika tiada Pasukan Keselamatan
Bagaimana Bandar boleh bersih jika tiada Pihak Bandaran
Bagaimana Kehidupan boleh selamat jika tiada Pihak Kesihatan
Bagaimana boleh Pandai jika tiada Pihak Pendidikan.
Semua kita saling memerlukan
Hulurkan tangan untuk Kasih Sayang
pada semua insan sekeliling kita
Agar Kehidupan saling hormat menghormati
Tiada yang mulia disisi kita
Melainkan HATI yang bertakwa pada Allah
-Walid al-Malik-
Tuesday
Qolbu
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya:
"Aku buatkan didalam rongga anak Adam satu mahligai, dan didalam mahligai itu ada DADA,dan didalam Dada itu ada HATI, dan didalam Hati itu ada FUAD, dan didalam Fuad itu ada SYAROFAN, dan didalam Syarofan itu ada LUBBAN, dan dalam Lubban itu ada RAHSIA, dalam Rahsia itu ANA." (Hadis Qudsi).
1. SHODRON (Dada), dinamai Shodron sebabnya kerana dia adalah tempat terbitnya "Nurul Islam".
Seperti firman Allah:
افمن شرح الله صدره للاسلام فهو على نور من ربه.
"Adakah sama barangsiapa dibukakan Allah Ta'ala Dadanya kepada agama Islam adalah dia beroleh cahaya dari pada Tuhannya. " (az-Zumar: 22).
Firman Allah:
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان.
"Merekalah yg disurat Allah didalam hatinya iman. "
Firman Allah:
ما كذب الفؤاد ما راءى.
"Tiada bohong fuadnya pada barang yg dilihatnya. " (an-Najm: 11).
Firman Allah:
قد شغفها حبا.
"Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. " (Yusuf: 30).
Firman Allah:
ان فى ذلك لذكرى لاؤلى الالباب.
"Sesungguhnya pd yg demikian itu benar² terdapat pelajaran bagi orang berakal. " (az-Zumar: 21).
Firman Allah:
فانه يعلم السر و اخفى.
"Maka mengetahui rahsia dan yg lebih tersembunyi. " (Thoha: 7).
Firman Allah:
قل اننى انا الله لا اله الا انا.
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada ada Tuhan selain Aku. " (Thoha: 14).
الانسان سرى و انا يره.
"Manusia itu rahsia-Ku dan Aku pun rahsianya."
Saturday
Kita yang terleka dengan KeAkuan
ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿﮱِ ﯛﺳَﻠّﻢْ ﻋَﻠﮱِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
بِسْمِ اللّه الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Friday
Jadikan semata² diri hanya untuk ﺍَﻟﻠّﻪُ
Zikrullah adalah jalan yg terdekat menuju kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ
Tujuan zikrullah itu adalah untuk menyucikan hati daripada segala sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ
Taubat adalah pintu taqwa
Taqwa adalah pintu zikir dan zikir adalah pintu kasyaf
Kasyaf adalah terbuka dinding diantaramu dan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Berhadap Wajah
Barang kemana engkau berhadap disana ﺍَﻟﻠّﻪُ
Kiblat roh
Kekal didalam sembahyang
Anugerah ﺍَﻟﻠّﻪُ kepada Ahli-Makrifatullah
Mereka berjalan diatas Syariat Nabi Muhammad ﷺ
Lihatlah kepada keaiban orang lain itu sekali untuk engkau mengenali dirimu dan lihatlah keaibanmu itu seribu kali untuk engkau mengenali ﺍَﻟﻠّﻪُ
Mati sebelum mati
Mati diri didalam Wujud ﺍَﻟﻠّﻪُ
Mati tadbir diri
Diam didalam takdir ﺍَﻟﻠّﻪُ
Telah disempurnakan Allah bahagian-bahagianmu diazali sebelum wujudmu
Dia Yg Maha Esa Yg Berdiri SendiriNya
Bayi dipangkuan ibunya
Mayat ditangan Si-pemandi
Hamba Disisi Tuhannya
Kepada Tuhanmu kesudahan yg dituntut
Barang kemana engkau berhadap disana Wajah ﺍَﻟﻠّﻪُ
Tenteramlah jiwamu dengan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Selain ﺍَﻟﻠّﻪُ tiada dapat mententeramkan rohmu
Diamilah Disisi Dzat Maha Agung
Mujahadah diawal perjalanan dan ridha kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ kesudahan Wasil
Kenderaannya zikrullah
Teman perjalanan adalah ﺍَﻟﻠّﻪُ
Melalui pintu Talkin Mursyid yg Wasil
Kenal ﺍَﻟﻠّﻪُ dengan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Si-Wasil tidak berhajat kepada sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ
Segala manusia fakir kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ
Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji
Aku telah menemui rahsia tawaf wida'
Tawaf perpisahan
Perpisahan dengan makhluk dan pertemuan dengan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Aku telah meninggalkan mekah dan madinah
Kaabah dan segala sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ
Menuju kepada Al-Khaliq
Semoga ﺍَﻟﻠّﻪُ merahmati kamu dan aku
Adab yg paling besar itu ialah menjaga hatimu mengingati ﺍَﻟﻠّﻪُ. Rahmat ﺍَﻟﻠّﻪُ amat luas, maka jangan engkau berputus asa. ﺍَﻟﻠّﻪُ serta engkau dimana ada engkau, jangan batas ﺍَﻟﻠّﻪُ dengan tempat dan masa, sembahlah ﺍَﻟﻠّﻪُ disetiap tempat dan masa. ﺍَﻟﻠّﻪُ lebih dekat daripada urat lehermu, tiada antaramu dan antara ﺍَﻟﻠّﻪُ itu antara. Mengadulah kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ, kerana ﺍَﻟﻠّﻪُ suka mendengar segala pengaduanmu. Selamatlah orang yg hatinya sentiasa berhadap kepada Dzat ﺍَﻟﻠّﻪُ dalam senang dan susah. Tiada Tuhan selain ﺍَﻟﻠّﻪُ, sabarlah, ridhalah, serahkanlah seluruh dirimu kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ, tiada pergantungan kepada sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ. ﺍَﻟﻠّﻪُ -lah yg menghidupkanmu, ﺍَﻟﻠّﻪُ juga yg mematikanmu, ﺍَﻟﻠّﻪُ yg menanggung rezeki seluruh makhlukNya. Hiduplah bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, matilah bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, bangkitlah daripada kubur bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, disyurga engkau bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, tiada ruang untuk selain ﺍَﻟﻠّﻪُ dan cucilah hatimu bersungguh-sungguh daripada segala sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ sehingga engkau menjadi hamba yg merdeka.




