TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Thursday

SYUKURI RAHMAT ALLAH PADA TANAH BERTUAH MALAYSIA.




1. Di tengah kesuburan budaya asing yang banyak melalaikan jiwa generasi baru, alunan2 qasidah, selawat, madah dan puisi Cinta Rasul dalam pelbagai versi semakin tumbuh segar. 

2. Di tengah perlombaan membina kemewahan dan kekayaan, masih ada insan2 seperti Ebit Liew dan lain2 serta pihak2 NGO & agensi berkenaan yang tampil bantu bahkan selesaikan banyak kes miskin tegar. Keprihatinan membela fakir miskin, anak yatim dan gelandangan juga semakin subur.

3. Di tengah berkembangnya minat masyarakat untuk mendalami Agama, semakin ramai " selebriti agama " yang merancakkan lagi perkembangan budaya ilmu walaupun masih terdapat polemik khilafiah, debat dan aliran2 mazhab. Namun semakin berkembang juga usaha menghidupkan kembali " Jiwa Agama" yang mampu memurnikan Tauhid, Akhlaq, Cinta dan keharmonian sesama insan.

4. Di tengah gejolak isu politik kepartian, sistem Raja Berperlembagaan semakin wibawa meredakan keadaan. Rakyat pula semakin matang menilai kebenaran, keadilan dan kemakmuran dan semakin mengerti kemudaratan Demokrasi berparti. 

5. Di tengah serangan wabak mengancam negara, sokongan kepada " barisan hadapan" serta tindakan kerajaan makin tertib dan sepakat. Perbezaan agama,bangsa dan wilayah bukan penghalang untuk kita berpadu bersama pertahankan Kedaulatan Negara.

6. Di tengah cengkaman sistem ekonomi Kapitalis yang menjadi punca bebanan hidup masyarakat, semakin nyata buruknya akibat " sistem tamak profit, ikatan hutang & riba " yang menjadi barah membunuh kemakmuran dan keimanan. Semakin terbit pula kesedaran kemanusiaan serta pihak2 yang saling tolong bantu dalam ekonomi dan kewangan. Semoga tumbuh golongan yang akan meruntuhkan kapitalis dan menggantikannya dengan sistem yang lebih sejahtera serta di redhai Allah.

Semuanya di timpakan kepada kita sesuai dengan kadar kemampuan kita kerana Allah tidak akan menguji hambaNya dengan apa yang tidak mampu di tanggung.

Semuanya berlaku dalam naungan Ilmu Allah, seakan Allah sedang mengatur dan menyiapkan Tanahair bertuah ini untuk suatu hal yang sukar untuk akal kita menanggapi. 

Hanya Allah dan Rasul serta Para Pewaris Baginda jua yang mengetahui. 

Semoga Ramadhan yang hampir ke penghujung ini menjadi momen untuk Allah menyiapkan rohani, emosi, mental dan jasmani kita untuk berkhidmat pada AgamaNya ( Sistem Hidup yang di redhaiNya). 

#SyukurPedomanAyah@Murobbi
#RebutLailatulQadar

Bicara Salik

Bicara Salik

Setelah ketiadaan diri ku
Ternyata Dia pada diri ku

Hati ibarat cermin 
mampu  menerima dua pantulan
Tika terpantul aku
Hilanglah DIA
Tika terpantul DIA 
Hilanglah aku..

Cermin Hati yang gelap 
tak mampu terpantul DIA
Hanya terpantul dirinya sahaja
Hidup dalam tadbir sendiri
Takbur dan keresahan

Cermin hati yang terang
Dapat terpantul melihat DIA
Hingga hilang dirinya
Hidup dalam tadbir الله
Faqir dan penuh ketenangan

Kegelapan cermin hati 
Hanya zikirullah yang bersanad
Bersungguh dan dibimbing
Dapat mengilapkan kembali
Hingga terpantul  WAJAHNYA

Istighfar dan Selawat
Wajib mengiringi zikir
Tanpa keduannya
segala amal adalah kosong..

-AN🌹BJ-

Friday

SOLAT TIDAK MENGUBAH TINGKAHLAKU & AKHLAK



Ketika engkau solat atau menyembah Allah
Fizikal mu berdiri tapi dia tidak tahu apa²
Anggota zahir mu rukuk tapi dia tidak faham apa²
Juga anggota zahir mu sujud, perlu diingat ia tidak mengerti apa²
Bahkan walaupun lidah mu membaca tapi dia tidak faham apa²
Oleh itu kalau fikiran mu tidak berdiri seia sama
Engkau belum bercakap apa² dengan Tuhan
Jika jiwa mu tidak rukuk sama
Engkau belum rasa bertuhan
Bila hati mu dan jiwa mu tidak sujud sama
Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan mu?
Kalau engkau tidak bercakap apa² di dalam menyembah Allah
Jika engkau tidak rasa berTuhan,kerana hati dan jiwa mu tidak ikut berdiri rukuk dan sujud
Engkau di waktu itu tidak merasa kehambaan
Jadi kalau ketika menyembah Allah
Berbisik² dan bercakap² dengan Tuhan pun tidak
Rasa bertuhan pun tidak ada di waktu itu
Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika solat
Tidak rasa memohon dan meminta
Tidak terasa merendah diri dan menghina diri di hadapan Tuhan
Engkau belum bersolat
Engkau tidak bersolat di waktu itu
Engkau hanya bersenam dan beriadhah untuk Allah
Patutlah perangai mu tidak berubah
Engkau bukan menyembah Allah
Tapi riadhah.


 kredit : Dikupas dari Bicara Murobbi@arifbillah

#KitaSemuaDa'ei
#JikaFahamiMakaSampaikanKebenaran
#Allah_Bantu

KISAH SEORANG ALIM YANG TERHAPUS AMALNYA KERANA MENGUSIR AHLI MAKSIAT


Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al-Malibari pengarang kitab Fathul Mu'in bercerita bahwa di zaman seorang Nabi terdahulu, ada seorang yang ahli maksiat yang amat durhaka dan tidak pernah beribadah. Satu hari timbul kesedaran dalam dirinya ingin bertaubat. Ia pun mendatangi majlisnya seorang alim guna mengambil manfaat darinya.

Namun orang alim tadi merasa tidak suka bila si ahli maksiat tersebut ada di majlisnya. Ia pun mengusirnya, dan si ahli maksiat pergi dengan perasaan sedih. Tak lama setelah itu, turunlah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi di wilayah tersebut.

Jibril berkata; Wahai Nabiyullah, sesungguhnya Allah telah mengampuni si ahli maksiat sekaligus menghapus semua amal si alim. Ketahuilah bahwa Allah lebih dekat kepada ahli maksiat yang rendah diri dibanding kepada orang alim yang sombong.

📚 Sumber ::
Kitab Irsyadul Ibad.

Wednesday

"Hakikat solat ialah hidup hatimu bersama Dzat Allah"

"Musibah yg paling besar itu apabila engkau gagal untuk mencintai dan mengenali Allah"

"Pertama-tama urusanmu,engkau memohon kekuatan kepada Allah untuk bersyukur dan ridha segala penciptaan Allah atasmu"

"Jalan menuju kepadaTuhan amat banyak, aku menuju melalui pintu cinta DzatNya"

Pejamkanlah hatimu daripada melihat wujud  selain Wujud ALLAH, nescaya engkau akan merasa kesenangan yg hakiki"

"Janganlah engkau merasa aman diri dengan sesuatu selain Allah, kerana selain Allah tiada kekal bagimu"

"Setelah engkau mengenali Allah, maka putuslah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah"

"Hati yg merdeka itu ialah hati yg tiada didalamnya sesuatu selain Allah"

"Bersihkanlah hatimu daripada selain Allah, niscaya sampailah engkau kepada Allah"

"Hati yg penuh dengan sifat-sifat mazmumah tidak akan merasa ketenangan dengan Allah"

"Buruk sangkamu kepada Allah akan menjauhkan engkau daripada Allah"

"Bahasa Ketuhanan tidak difahami oleh akal yg belum lebur dalam Keesaan Allah"

"Hati yg cemar dengan selain Allah adalah sarang syirik dan keraguan"

Setiap sesuatu ada alat menyuci dan menyuci hati itu dengan zikrullah
Mengekali zikir Allah! Allah! didalam hati
Bertujuan untuk mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah
Apabila hati itu hanya tinggal Allah didalamnya, maka hati itu akan menyaksikan Allah diatas tiap-tiap sesuatu
Maka hati itulah yg dikatakan Qulbu Salim, hati yg telah mendapat Salam dari Allah
Telah berkata Allah:"Selamat sejahtera dan rahmatKU keatas kamu".

"Sebab pandai, sebab rajin, sebab usaha dan ribuan sebab-sebab yg menghijabmu daripada memandang Tuhan sekalian alam"

"Orang yg telah masuk didalam majlis Ketuhanan tidak dibenarkan mencemari dirinya dengan keseronakkan dan hiburan dunia, maka ia akan mengeruhkan alam Ketuhanannya"

Kembali kerahmatullah
Ridha dan diridhai
Ridha segala Kehendak Allah
Semoga Allah ridha kepadamu
Jangan suka membantah Allah
Tinggalkan sungutan dan keluhan kepada Allah
Jadilah hamba Allah
Sebaik-baik hamba menyerah dirinya kepada Allah zahir dan batin
Ilmu dan amal adalah kenderaan menuju kepada Allah
Matlamat adalah Allah
Barangsiapa yg mendapat Allah, maka dia mendapat puncak segala tujuan
Yg kekal
Hidup bersama Allah selama-lamanya.

"Janganlah engkau bergantung dan berharap kepada selain Allah, kerana yg Wujud hakiki hanya Allah"

"Bersihkanlah hatimu daripada selain Allah, nescaya engkau akan dapat merasai kehampiran dengan Dzat Allah"

"Melihat ALLAH itu pahala yg tiada putus dan melihat wujud dirimu itu dosa yg tiada putus"

"Tauhid ialah menafikan Ketuhanan daripada selain Allah dan mengisbatkan Ketuhanan hanya bagi Allah"

"Dusta-lah barangsiapa yg mendakwa ia akan tauhid, padahal sibuk hatinya dengan yg lain daripada Allah"

"Cinta Allah terkhusus hanya bagi orang yg mencintai DzatNya, walaupun sedikit amalnya dan banyak kesalahannya"

"Ahli maksiat yg selalu bertaubat lebih dikasihi oleh Allah daripada ahli taat yg bergantung dengan kekuatan dirinya sendiri"

"Hakikat kehidupan ini menyatakan Wujud Dzat Allah"

"Bagaimana mungkin orang yg belum binasa dirinya dapat memandang Allah"

"Keluhan dan sungutan mu itu akan mengeruhkan perhubungan mu dengan Allah"

"Hakikat hijrah ialah keluar engkau daripada wujudmu kepada Wujud Allah"

"Ahli-Allah tidak mengajak manusia mengikuti kehidupan mereka, bahkan mereka hanyalah mengajak manusia mentauhidkan Allah dan mengikuti kehidupan Nabi Besar Muhammad S.A.W"

"Nabi Muhammad S.A.W adalah ikutan dan pedoman yg agung didalam menuju Makrifatullah"

"Mohonlah keampunan dan keridhaan Allah"

"Hakikat doa menyerahkan diri sepenuhnya kepada kehendak Allah"

"Wahai Dzat Yg Maha Agung, Engkaulah Maha mengetahui segala hal-ehwalku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana dan tiada penolongku selainMu"

"Sabar dalam bala-ujian adalah pintu keridhaan Allah yg paling dekat"

"Orang yg benar-benar mencintai Dzat Allah melihat dan merasai segala bala-ujian dalam bentuk cinta, maka ia tidak akan sekali-kali berpaling daripada Dzat yg dicintai"

AKU adalah harta yg tersembunyi
AKU ingin dikenali, maka AKU jadikan makhluk untuk mengenaliKU
- Maksud Hadis Qudsi

Allah nyata Dia Allah
Tempat Wasil
Anugerah Allah,tiada syarat, tiada batas
Allah bebas mutlak.

"Allah adalah bukti yg paling terang bagi orang-orang yg telah diangkat hijab alam daripadanya kepada memandang Allah"

"AKU (ALLAH) mencintai orang-orang kaya yg pemurah dan AKU bersama orang-orang fakir yg ridha"

"Barangsiapa ridha dengan kehidupannya denganKU(ALLAH), maka AKU ridha dengan kehidupannya denganKU".

"Hati yg merdeka itu tempat pertaruhan rahsiaKU(ALLAH), iaitu hati yg tiada didalamnya selain AKU"

"Dunia ini adalah tempat AKU(ALLAH)menguji cintamu kepadaKU, akhirat adalah tempat pembalasanKU, dan AKU adalah tempat kerehatanmu"

-  BUTA SELAIN ALLAH

Tuesday

Harapan



Jika terus kau jaga harapanmu, yang merindu pada Langit, walau sampai getaran engkau bagai daun diterpa angin, maka air dan api ruhaniyah akan muncul, dan meningkatkan kesejatianmu.
Tak diragukan lagi, rindumu itu yang kan membawamu sampai ke sana.

Jangan hiraukan kelemahanmu, yang harus kau jaga itu kedalaman rindumu.
Sesungguhnya pencarian ini adalah janji Tuhan dalam dirimu, kerana setiap pencari layak dapatkan apa yang dicarinya.

Tingkatkan pencarianmu, sampai qalbumu merdeka dari penjara iaitu ragamu sendiri.
Biarkan saja dimata umum mengatakan, "sungguh malang nasibnya, dia telah mati," mereka tidak mendengar jawapanmu, 
"sesungguhnya aku hidup, wahai orang lalai, Walaupun, seperti raga yang lain, tubuhku telah dikuburkan, ke lapisan syurga memekar dalam qalbuku."

Ketika jiwa bercengkerama di taman penuh berbagai bunga indah,tidak perlu dirisaukan raga yang diselaputi tanah.

Bagi jiwa yang telah tersucikan, tidak sama sekali menjadi soalan jika raganya dimakamkan dipusara indah atau dimana seadanya.

Malah sebenarnya, dari alam jiwa nan penuh-warna, dia berseru, "... seandainya saja kaumku mengetahui."[✾]

Jika jiwa tak memiliki suatu kehidupan yang berbeza dari raga, lalu untuk siapakah Langit disiapkan sebagai istana bagi kehidupan abadi?

Jika jiwa tidak memiliki suatu kehidupan yang berbeza dari raga, kepada siapakah ditujukan janji, "Dan di Langit terdapat rezekimu."[❁]

Rujukan:
[✾] QS YaSin [36]: 26.

[❁] QS Adz-Dzariyat [51]: 22.
Rumi🌹

Monday

Perjalanan Rasulullah ﷺ Ke THAIF


 
Selama 9 tahun sejak kerasulan, Nabi Muhammad ﷺ. telah berusaha menyampaikan ajaran agama islam dan berusaha hidayah serta perbaiki kaumnya di Makkah,namun sangat sedikit yang menerima pelawaan Baginda,kecuali orang² yang telah
awal masuk islam selain mereka,ada orang² yang belum masuk islam, tetapi sedia membantu Rasulullah ﷺ. dan kebanyakan orang² kafir Makkah selalu menyakiti dan mempermainkan Baginda dan para sahabat² baginda

Abu Thalib termasuk orang yang belum memeluk islam, namun sangat men
cintai Nabi ﷺ. ia akan melakukan apa saja yang dapat menolong Nabi ﷺ.pada hari ke sepuluh kenabian,ketika Abu Thalib meninggal dunia, kaum kuffar semakin berkesempatan untuk menghalaang perkembangan islam dan menyakiti menganiaya kaum muslimin.

Rasulullah ﷺ pun pi ke Thaif dan di sana ada suatu kabilah bernama Tsaqif, yang sangat banyak orang²nyaa.
beliau berpendapat, jika mereka memeluk islam, kaum muslimin akan terbebas dari siksaan orang² kafir tersebut, dan akan menjadikan kota itu. Sebagai pusat penyebaran islam. setibanya di Thaif, Nabi ﷺ.terus menemui tiga orang tokoh masyarakat dan berbicara dengan mereka mengajak mereka kepada agama Allah, dan mengajak mereka agar membantu Rasulullah ﷺ.
Namun, mereka bukan saja menolak, bahkan sebagai bangsa Arab yang terkenal dengan adatnya yang sangat menghormati, itupun tidak mereka lakukan. bahkan, mereka menjawab dengan terang terangan dan menerima baginda ﷺ dengan sikap yang sangat buruk. mereka mempamirkn perasaan tidak suka dengan kedatangan Nabi ﷺ.. pada mulanya,baginda berharap  kedatangan baginda ﷺ dengan tokoh masyarakat itu akan diterima dengan baik. ternyata sebaliknya,,, diantara mereka ada yang berkata, "Wahai, kamukah orang yang di pilih oleh Allah sebagai Nabinya?" lain berkata, "Tidak adakah orang selain kamu yang lebih pantas dipilih Allah sebagai Nabi?" yang ketiga berkata, "Aku tidak mau berbicara denganmu, sebab jika kamu memang seorang Nabi seperti pengakuanmu,jika aku menolakmu, tentu itu tidak akan mendatangkan bencana.dan jika kamu berbohong, aku tidak ingin berbicara dengan orang seperti itu." Selain itu, dengan perasaan kecewa terhadap mereka, Nabi ﷺ. berharap dapat berbicara dengan orang² selain mereka. inilah sifat Nabi ﷺ. yang selalu bersungguh², teguh pendirian, dan tidak mudah putus asa. Ternyata, tidak seorangpun diantara mereka yang bersedia menerima baginda.Bahkan mereka membentak mengherdik beliau dengan berkata, "Keluarlah kamu dari kampung ini! pergilah kemana saja yang kamu suka!"

Ketika Nabi ﷺ. sudah tidak dapat mengharapkan mereka dan bersiap² akan meninggalkan mereka,mereka menyuruh anak² kota tersebut mengekori Nabi ﷺ, serta mengganggu, mencaci, serta melemparnya dengan batu, sehingga capal baginda berlumuran darah.dalam keadaan seperti inilah Nabi ﷺ .meningalkan Thaif.
Ketika baginda menjumpai sebuah tempat dianggap jauh dari kejahatan mereka.Baginda ﷺ berdoa kepada Allah.,
"Ya Allah, kepada-Mu lah kuadukan lemahnya kekuatanku, kurangnya upayaku,dan kehinaanku dalam pandangan manusia.Wahai Yang Maha pengasih dan Maha penyayang, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau serahkan diriku. Kepada orang asing yang akan memandangku dengan muka masam atau kepada musuh yang Engkau berikan segala urusanku, tiada keberatan bagiku asalkan Engkau tidak murka kepadaku. Lindungan-Mu sudah cukup bagiku aku berlindung kepada-Mu dengan nur wajah-Mu yang menyinari segala kegelapan, dan dengannya menjadi baik dunia dan akhirat, dari turunnya murka-Mu kepadaku atau turunnya ketidak redhaan-Mu kepadaku. Jauhkanlah murka-Mu hingga Engkau redha. Tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu."
Allah swt. PENGUASA seluruh alam pun memperlihatkan keperkasaan-Nya Demikian sedih doa Nabi ﷺ., sehingga Jibril a.s. datang untuk memberi salam kepada beliau dan berkata, "Allah mendengar perbincanganmu dengan kaummu, dan Allah pun mendengar jawapan mereka, dan dia mengutus kepadamu Malaikat penjaga gunung agar siap sedia mlaksanakan apapun perintahmu kepadanya.

"Malaikat itupun datang dan memberi salam kepada Nabi saw. seraya berkata, "Apapun yang engkau perintahkan akan ku laksanakan. bila engkau suka, akan ku rapatkan kedua gunung(kirikanan) disamping kota ini sehingga siapa saja yang tinggal diantara keduanya akan hancur binasa jika tidak apapun hukuman yang engkau inginkan aku sedia melaksanakannya." Rasulullah ﷺ. yang bersifat pengasih dan mulia ini menjawab, "Aku hanya berharap kepada Allah seandainya saat ini mereka tidak menerima islam, semoga kelak keturunan mereka akan menjadi orang² yang beribadah kepada Allah."
Subhanallah Tabarakallah
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  صَلَّى اللهُ عَل  َ وسلم

Pelajaran dari kisah diatas
Demikianlah, akhlak seorang Nabi yang paling mulia. Kita mengaku bahwa diri kita adalah pengikutnya namun jika kita mendapatkan sedikit kesusahan, kita mengeluh ,putus asa,mencela atau bahkan membalas dendam. Kezaliman dibalas dengan kezaliman, demikianlah perilaku kebanyakan kita zaman ini. Padahal seharusnya, dengan pengakuan tersebut, segala sikap atitut tingkah laku kita haruslah mengikuti Baginda. Rasulullah ﷺ sendiri jika mengalami kesusahan ataupun penderitaan yang pedih dari orang len, baginda tidak pernah membalas keburukan dengan doa keburukan, dan tidak pernah berkeinginan untuk membalas dendam,contohi lah Baginda saw,iaitu sebaik² akhlak,sentiasalah kita Berselawat kepada Baginda ﷺ.