TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???
Showing posts with label Amar Makruf Nahi Mungkar. Show all posts
Showing posts with label Amar Makruf Nahi Mungkar. Show all posts

Thursday

Ketika syaitan menjadi sekecil lalat




Tidak ada seorang pun manusia terlepas dari gangguan syaitan. Sesuai dengan namanya, 'shathana' atau sesuatu yang jauh, syaitan sentiasa menggoda manusia dari tempat yang jauh (tidak kelihatan) dan mengajak manusia menjauh dari kebaikan. Sudah menjadi komitmen syaitan untuk terus menerus menggoda dan mengganggu anak cucu Adam a.s hingga akhir zaman. Kadang-kadang kita dibuat geram olehnya sehingga ingin mengekspresikannya dengan ucapan atau perbuatan.

Suatu ketika seorang sahabat mengekspresikan sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan RasulAllah s.a.w tersandung. "Celaka syaitan".

RasulAllah s.a.w yang kebetulan mendengarnya menasihati, "Jangan berkata "celaka syaitan", kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata: Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh. Ketika kau berkata, "Bismillah", syaitan akan menjadi sekecil lalat". (Hadith Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, "Ketika aku dibonceng Nabi s.a.w. tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, "Celakalah syaitan." Lalu beliau bersabda, "Jangan kamu katakan, "celakalah syaitan," sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, "Demi kekuatanku," Akan tetapi ucapkanlah "Bismillah," sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat," (Shahih, Hadith Riwayat Abu Dawud [4982]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w. beliau bersabda, "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya," (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah [2422]).

Demikianlah cara yang diajarkan RasulAllah s.a.w menghadapi makhluk yang sombong. Tidak dengan cacian dan makian, tetapi dengan menyebut nama Allah.

Di dalam ibadah haji pun kita diberi peluang untuk meluahkan kemarahan dan permusuhan kita terhadap iblis dalam ritual melempar jamrah.

Dengan kerikil sebesar biji jagung yang telah disiapkan sebelumnya, kita melemparkan sambil tetap mengingati dan menyebut nama Allah Zat Yang Maha Besar "Bismillahi Allahu Akbar".

Mencaci maki bukanlah cara yang diajarkan Islam untuk mengekspresikan kemarahan, membalas atau melawan kesombongan. Logik mudah mengatakan, kalau kita balas dan lawan kesombongan dengan caci maki, lalu apa beza kita dengan mereka?.

Alasannya adalah hanya kerana ajaran Islam terlalu mulia untuk itu. Mencaci maki pun kadang-kadang bagaikan menepuk air didulang terpercik muka sendiri. RasulAllah s.a.w punya logik mudah untuk itu.

Telah bersabda RasulAllah s.a.w, "Termasuk dosa besar adalah seseorang mencaci-maki kedua orang tuanya," Para sahabat bertanya, "Bagaimana seseorang boleh mencaci-maki kedua orang tuanya?", Maka beliau s.a.w menjawab: "Dia mencaci-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu mencaci maki kembali orang tuanya."(Hadith Riwayat Bukhari)

Mencaci maki, apalagi membakar patung tokoh, bendera, atau simbol-simbol yang dihormati suatu kaum untuk mengekspresikan kemarahan bukanlah akhlak yang diajarkan RasulAllah s.a.w. Kerana, mengambil pengajaran dari hadis tadi, hal itu tidak berbeza dengan melakukannya terhadap apa yang kita hormati sendiri.

Alangkah indahnya jika kutukan atau caci maki digantikan dengan cara yang bermaruah seperti telah diajarkan RasulAllah s.a.w kepada para sahabatnya. "Allah Maha Besar Sungguh Maha Besar, Segala Puji hanya bagi Allah Pujian yang amat banyak, Tiada Tuhan Selain Allah Yang Maha Esa, Tiada Sekutu bagi-Nya."

Bermula dari saya dan sama-samalah kita perbaiki

"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)

Monday

Ketentuan Allah dan Penghidupan Manusia




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..apa khabar saudara-saudaraku semua??? semoga saudara-saudaraku semua sentiasa tenang,beriman serta didalam keredhaan-Nya..Disini sedikit cerita untuk dikongsikan bersama,, bagi sudah mengetahui dapatlah kita mengimbas kembali dan bagi belum mengetahui bersama-samalah kita berkongsi,mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada kita..

Kehendak anda kepada tajrid di samping Allah SWT mendirikan (meletakkan) anda didalam asbab adalah merupakan syahwat yang tidak nampak dilihat. Kehendak anda kepada asbab disamping Allah mendirikan anda didalam tajrid bererti turun dari himmah Yang Maha Tinggi."

Maksud diatas seperti berikut :-

Perkataan " Al-Asbab ", maksudnya ialah: " Sesuatu yang sampai dengannya kepada maksud yang dicapai di dalam dunia."

iaitu segala sesuatu dimana dengannya kita boleh sampai untuk maksud-maksud yang diperlukan di dalam kehidupan duniawi. Misalnya mencari rezeki yang halal atau bekerja dalam sifat yang diredhai Allah SWT.

Perkataan "At-Tajrid " ialah " Melepaskan diri dari Al-Asbab.


Manusia dalam penghidupan terbahagi kepada dua ;

1." Manusia yang ditentukan Allah dalam status Al-Asbab". 
Manusia dalam status ini untuk menghasilkan penghidupannya dalam dunia adalah dengan jalan bekerja.

Manusia distatus ini perlu bekerja untuk hidup. Bekerja dengan perkerjaan yang Allah redhai.

Jika tidak bekerja,ia tidak boleh menjalani kehidupan dengan sewajarnya. 

Apabila kehidupan selamat, tenteram dengan pekerjaan yang dilakukan ini, menurut akhlak ilmu tasawuf, dia tidak boleh meninggalkan pekerjaan tersebut untuk berpindah kepada status yang lain,iaitu meninggalkan pekerjaan yang sudah berkat itu kerana tujuan semata-mata melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. 

Dengan maksud yang mudah difahami " Orang ini telah berkerja dengan pekerjaan yang Allah redha , kemudian dia berhenti dari bekerja untuk melakukan ibadat sahaja seperti mahu beriktikaf di masjid dengan berhenti berniaga". 
Bila dia meninggalkan pekerjaan dan beribadat sahaja tanpa menghiraukan penghidupan, menurut akhlak ilmu tasawuf, terdapat syahwat yang tersembunyi di dalam dirinya. 

Disebut dengan " syahwat " kerana tidak mau menuruti atau tidak mahu sejalan dengan dengan kehendak Allah.Sedangkan Allah berkehendak pada kemaslahatan setiap manusia itu dalam hidup dan kehidupannya supayA bekerja, beramal dan berusaha.

Maksud" tersembunyi "iaitu syahwat itu disebut dengan syahwat yang tersembunyi ialah bercita-cita besar untuk menghampirkan diri semata-mata kepada Allah untuk kebahagiaan ukhrawi tetapi kehidupan duniawi menjadi kucar-kacir dan menyusahkan orang (kerana berhenti bekerja).Bercita-cita spt ini pada dasarnya baik, tetapi pada hakikatnya sudah menyimpang dari ketentuan Allah.


2. " Manusia yang ditentukan Allah dalam status Tajrid ". 
Manusia dalam tingkatan status ini sudah tinggi nilainya pada sisi Allah.

Penghidupannya telah dipermudahkan oleh Allah, sehingga ia tidak sukar lagi dalam hidup dan kehidupan. Dia tidak perlu lagi bekerja dan berusaha mencari rezeki, tetapi rezekilah yang datang kepadanya.

Terdapat dua gambaran manusia yang berada distatus ini.

(a) Manusia ini bekerja dan berusaha tetapi seolah-olah dia bekerja sebagai tanggungjawab,kerana hatinya tertuju selalu bagaimana ia dapat melaksanakan ajaran agama dengan sebaik-baiknya dan bagaimana ia selalu taqwa kepada Allah SWT. 

Maka manusia seperti ini meskipun ia beramal dan bekerja, tetapi tidak memberatkan otaknya, bahkan Allah memudahkan rezekinya dan memberikan keberkatan pada usahanya yang tidak terkiranya sama sekali.

Lihat Surah At-Talaq: Ayat 2 - 3

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar (dari kesulitan-kesulitan) untuk orang itu. Dan Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber-sumber) yang tidak pernah difikirkan. 

Dan barang siapa yang tawakkal kepada Allah,maka Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Tuhan itu melaksanakan kehendakNya. Sesungguhnya Allah telah menqadarkan bagi tiap-tiap sesuatu".

b) Ada manusia yang sama sekali tidak bekerja dan berusaha, selain hanya beribadat saja kepada Allah Yang Maha Esa. Beribadat ini ada macam-macam sifatnya.

Contohnya Tuan Guru yang mengajar di pondok-pondok. Mereka mengajar tanpa memungut upah tetapi mendidik dan membimbing manusia kepada ajaran-ajaran agama. Mereka tidak bekerja hanya menonton manusia kepada kebaikkan sahaja.

Mereka tidak bertani, berniaga atau bersawahpadi,kelaut (nelayan) tetapi rezeki mereka sentiasa ada. Mereka juga tidak memiliki harta. 

Segala rezeki datang kepada mereka, dihantar oleh petani, atau nelayan atau peniaga atau sesiapa saja mengikut tempat dimana tuan guru itu tinggal.

Hamba-hamba Allah yang telah diangkat martabatnya oleh Allah ke makam tajrid seperti di bahagian dua di atas, maka akhlak tasawuf menganjurkan kepadanya supaya jangan turun ke maqam Al-Asbab. 

Jika ia turun ke makam al-asbab bererti ia menurunkan nilai dirinya dari himmah(tekad) yang bermutu tinggi. 

Maksudnya ia jangan turun untuk bekerja dan berusaha seperti orang-orang biasa, kerana jika ia turun ke tingkat ini, maka ibadatnya akan terganggu, keberkahan yang telah diberikan Allah kepadanya akan dicabut Allah SWT.

Maka tiap-tiap status yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia mesti diterima dengan redha dan ikhlas. 

Meskipun maqam-maqam antara kita sesama manusia berlainan, kita tidak boleh cuba-cuba memindahkan diri dari satu maqam ke maqam yang lain. 

Samada ke maqam yang lebih tinggi atau ke maqam yang lebih rendah, seperti dari asbab ke tajrid atau tajrid ke asbab kecuali Allah yang memindahkan. 

Seperti Allah tidak lagi memberkati kita pada satu-satu maqam hingga kita harus berpindah daripadanya.

Contoh,pekerjaan yang dilakukan sehari-hari tidak lagi menguntungkan/membahgiakan baik pada dunia atau pada agama, namun dia tetap berkewajiban menyelesaikan duniawi dan ukhrawi sebagaimana sepatutnya. Dengan itu telah ada keinginan Allah untuk memindahkan maqam orang tersebut.

Apabila kita berada pada hidup dan kehidupan, selalulah berpegang kepada Allah, bertawakkal, menyerahkan diri dan tidak melupakanNya. 

Maka Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang akan melihat kita ke jalan yang benar. 

Seperti surah Al Imran ,ayat 101:

" Barang siapa yang berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya orang itu telah diberikan petunjuk kepada jalan yang lurus (benar) ".


Kata Imam Malik

"Barangsiapa berFiqih/bersyariat saja tanpa tasawuf nescaya akan berlaku Fasik (tidak bermoral) "

"Barangsiapa yang berTasawuf sahaja tanpa berfiqih/berSyariat nescaya ia berlaku Zindik(sesat dalam berAgama)

Marilah kita sama-sama manfaat diri kita,kluarga kita,masyarakat kita,,smoga Allah selalu memberi Hidayah kpd  kita kepada jalan yang benar dan lurus.....Ameen

Hadis amalan yang tiada nilainya:Muaz bin Jabal




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..apa khabar saudara-saudaraku semua??? semoga saudara-saudaraku semua sentiasa tenang,beriman serta didalam keredhaan-Nya..Disini sedikit cerita untuk dikongsikan bersama,, bagi sudah mengetahui dapatlah kita mengimbas kembali dan bagi belum mengetahui bersama-samalah kita berkongsi,mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada kita..
     Bin Mubarak berkata bahawa Khalid bin Ma'dan berkata kepada sahabat Mu'adz bin Jabal RA, "bacakanlah satu hadith yang kau dengar dari RasulAllah SAW, yang kau menghafalnya dan mengingatnya setiap hari kau 
lantaran keras,halus,dan dalamnya makna hadith tersebut. Hadits manakah yang paling penting menurut pendapatmu? "
Muaz menjawab,"Baiklah,akan kuceritakan."Kemudian,dia pun menangis lama sekali, lalu dia berkata,"sungguh hati ini Rindunya kpd RasulAllah SAW,ingin rasanya akan bersua dengan beliau .."

=Adat berusrah=

   Beliau melanjutkan,"Suatu saat aku menghadap RasulAllah SAW.Baginda 
menunggang seekor unta dibelakangnya dan menyuruhku naik,maka berangkatlah kami dengan unta tersebut.Kemudian beliau menghadapkan 
wajahnya ke langit,dan berdoa,"Pujian syukur kehadirat Allah,Yang Maha BerkehendakNya kepada makhluk mengikut kehendak-Nya. "Kemudian baginda SAW berkata,"sekarang aku akan mengisahkan satu cerita
kepadamu yang apabila engkau hafalkan,bermanfaat kepada bagi kamu,tapi kalau engkau pesongkan,engkau tidak akan mempunyai hujjah kelak di hadapan Allah SWT.

=AMAL YANG tertolak=

   "Hai,Mu'adz! Allah SWT Menciptakan 7 malaikat sebelum Dia Menciptakan langit 
dan bumi.Pada setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu,dan 
tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan keagungannya.
Maka,Malaikat hafazhah (malaikat yang menjaga dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang yang cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari.Beliau,yang menganggap amal orang tersebut banyak,memuji amal-amal orang itu. 
Tapi,sampai di pintu langit pertama, malaikat berkata Penjaga pintu langit kepada malaikat itu hafazhah, "Tamparkanlah amal ini ke wajah Pemiliknya,aku ini penjaga tukang pengumpat, aku diperintahkan masuk anda tidak menerima tukang mengumpat orang lain. 
Jangan sampai amal ini mendatangiku untuk Mencapai langit berikutnya. "
Keesokan harinya, malaikat hafazhah ada lagi yang naik ke langit dengan membawa amal Shalih seorang lain yang cahayanya berkilauan. Beliau juga memujinya
lantaran begitu banyaknya amal tersebut.Namun malaikat di langit kedua berkata,
"Berhentilah,dan tamparkan amal ini ke wajah Pemiliknya, sebab dengan perbuatannya itu dia mengharap keduniaan.Allah  memerintahkanku untuk menahan 
amal seperti ini, jangan sampai datang hingga hari berikutnya."Maka turun malaikat pun melaknati orang tersebut sampai hari senja.
Kemudian ada lagi malaikat yang hafazhah naik ke langit dengan membawa amal hamba Allah yang sangat memuaskan, dipenuhi amal sedekah, puasa,dan bermacam2 kebaikan yang oleh malaikat hafazhah Dianggap demikian 
banyak dan terpuji. Namun apabila sampai di langit ketiga berkata malaikat penjaga pintu langit yang ketiga,"Tamparkanlan amal ini ke wajah Pemiliknya,
aku malaikat penjaga orang yang sombong.Allah memerintahkanku untuk tidak menerima orang sombong masuk.Jangan sampai amal ini mendatangiku untuk Mencapai langit berikutnya.Salahnya sendiri ia menyombongkan dirinya di tengah2 orang lain.
Kemudian ada lagi malaikat yang hafazhah naik ke langit keempat,membawa amal seseorang yang bersinar bagaikan bintang yg paling besar,suaranya bergemuruh,penuh dgn tasbih,puasa,solat,naik haji,dan umrah.Tapi,Ketika
sampai di langit keempat,malaikat penjaga pintu langit keempat hafazhah mengatakan kepada malaikat,"Berhentilah, jangan Diteruskan.Tamparkanlah
amal ini ke wajah Pemiliknya,aku ini penjaga orang-orang yang suka ujub(membanggakan diri).Aku diperintahkan untuk tidak menerima tukang amal ujub masuk.Jangan sampai amal itu mendatangiku untuk Mencapai langit yg
berikutnya, sebab kalau ia Beramal selalu ujub.
Kemudian naik lagi malaikat ke langit hafazhah Kelima, membawa amal hamba yang diarak bagaikan pengantin perempuan diiringi kepada suaminya
,amal yang begitu bagus, seperti amal jihad,ibadah haji,ibadah Umrah.
Cahaya amal itu bagaikan matahari.Namun,begitu sampai di langit Kelima,malaikat berkata Penjaga pintu langit Kelima,"Aku ini penjaga sifat hasad (dengki,iri hati).Pemilik amal ini, yang perbuatannya sedemikian bagus,suka hasad kepada orang lain atas Kenikmatan yang Allah berikan 
kepadanya.Sungguh ia benci kepada apa yang diredhai Allah SWT.Saya diperintahkan supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini untuk mendatangiku pintuku menuju pintu selanjutnya .. "
Kemudian ada lagi malaikat hafazhah naik dgn membawa amal lain berupa wuduk yang sempurna,sholat yg banyak,puasa,Haji,dan Umrah.Tapi saat ia
sampai di langit keenam, malaikat penjaga pintu ini mengatakan,"Aku ini malaikat penjaga rahmat. Amal yang seolah2 bagus ini,ke wajah tamparkanlah
Pemiliknya. Salah sendiri dia tidak pernah mengasihi orang. Apabila ada orang lain yang mendapat musibah, merasa ia senang. Aku diperintahkan agar amal seperti ini tidak lalu dihadapanku hingga boleh sampai pada pintu 
berikutnya. "
Kemudian ada lagi hafazhah malaikat naik ke langit ketujuh dengan membawa amal seorang hamba berupa bermacam-macam sedekah, puasa, solat, jihad,
dan wara'.Suaranya pun bergemuruh.Cahayanya bagaikan malaikat. Namun apabila sampai di langit yang ketujuh, Penjaga langit ketujuh malaikat berkata,"Aku ini Penjaga sum'at (ingin terkenal / Riak).Sesungguhnya orang
ini ingin dikenali dalam kumpulan,kumpulan,selalu ingin terlihat lebih unggul disaat berkumpul,dan ingin mendapatkan pengaruh daripada para pemimpin Allah memerintahkanku agar perbuatannya itu tidak sampai mendatangiku.Setiap amal yang tidak bersih kerana Allah,itulah yang Disebut Riak.Allah tak akan menerima amal orang-orang yang riak. "
Kemudian ada lagi hafazhah malaikat naik membawa amal seorang hamba: 
solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak yang baik, pendiam, tidak banyak cakap, zikir kepada Allah. Amalnya itu diiringi para malaikat hingga langit ketujuh, bahkan sampai memasuki melangkah tirai-hijab dan sampailah kehadirat Allah.
Para malaikat itu berdiri dihadapan Allah.Bahawa semua menyaksikan amalan ini adalah amalan yang Soleh dan ikhlas kerana Allah SWT.
Namun Allah berfirman,"Kalian adalah hafazhah,pencatat amal-amal hamba-Ku. Sedangkan Akulah yang Mengintip hatinya.Amal ini tidak kerana-Ku.Yang dimaksudkan oleh si pemilik amal ini bukanlah Aku. Amal ini tidak diikhlaskan demi Aku. Aku lebih Mengetahui daripada kamu apa yang dipilih olehnya dengan Amalan itu.Aku laknat dia, kerana 
menipu orang lain, dan juga menipu kalian (para malaikat hafazhah).tapi Aku takkan tertipu olehnya.
Aku ini yang paling tahu akan hal-hal yang Ghaib. Akulah yang melihat isi hatinya,dan tidak akan samar kepada-Ku setiap apapun yang samar. tidak akan tersembunyi kepada-Ku setiap apapun yang tersembunyi.
Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-Ku akan apa yang akan terjadi.Pengetahuan-Ku atas apa yang telah datang sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yagn akan datang.Pengetahuan-Ku kepada orang2 terdahulu-Ku Sebagaimana pengetahuan-Ku kepada orang-orang yang kemudian. Aku lebih tahu atas apapun yang tersamar daripada rahsia Bagaimana bisa amal hamba-Ku menipu-Ku. Dia boleh menipu makhluk2 yang tidak tahu, Sedangkan Aku ini Yang Mengetahui hal2 yang Ghaib.Laknat-Kutetap kepadanya.Tujuh malaikat hafazhah yang ada pada saat itu dan 3.000 malaikat yang mengiringinya "Wahai Tuhan kami, dengan demikian tetaplah laknat-Mu 
dan laknat kami kepadanya."Maka,semua yang ada di langit pun berkata, "Tetapkanlah laknat Allah dan laknat mereka yang melaknat kepadanya."

=Tahanlah MULUTMU =

    Kemudian Mu'adz pun menangis teresak-Isak dan berkata, "Ya Rasulullah, 
bagaimana aku boleh selamat dari apa yang baru engkau ceritakan itu.?
RasulAllah SAW menjawab,"Wahai Mu'adz,ikutlah nabimu dalam hal Kepercayaan.
Muaz berkata lagi,"Wahai Tuan,engkau adalah Rasulullah.Sedangkan aku ini hanyalah si Mu'adz bin Jabal,bagaimana aku boleh selamat dan 
terlepas dari bahaya tersebut? "

RasulAllah SAW bersabda,"seandainya dalam amalmu ada kelengahan,hentikanlah mulutmu,
~jangan sampai menghina,mengumpat orang lain,dan juga saudara2 sesama ulama.Apabila engkau hendak menghina,mengumpat orang lain,ingatlah pada dirimu sendiri.Sebagaimana engkau tahu dirimu pun penuh dengan Aib.
~Jangan membersihkan dirimu dgn menghina,mengumpat orang lain.
~Jangan Mengangkat dirimu sendiri dgn menekan orang lain.
~Jangan Riak dengan amalmu agar diketahui orang lain.
~Janganlah termasuk golongan orang yg mementingkan dunia dgn melupakan akhirat.
~jangan Berbisik2 dengan seseorang padahal disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak Berbisik.
~Jangan takbur kepada orang lain,nanti akan terlepas bagimu kebaikan dunia dan akhirat. 
~Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang2 takut akan keburukan akhlaqmu itu.
~Jangan mengungkit-ungkit apabila berbuat kebaikan.
~Jangan membuka (peribadi) orang lain dengan mulutmu,kelak engkau akan gigit oleh anjing-anjing neraka jahannam, Sebagaimana firman Allah,
"Wannaasyithaati nasythaa."(Di Neraka itu ada anjing-anjing menyiat2 badan-badan manusia,dari daging hingga tulangnya.)
Aku (Muaz) berkata: "Ya RasulAllah, siapa yang akan kuat menanggung penderitaan Semacam ini?"
Jawab RasulAllah SAW, Wahai Mu'adz, yang kuceritakan tadi itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT.Cukup untuk mendapatkan 
semua itu, engkau menyayangi orang lain Sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepada kamu.Apabila seperti itu, engkau akan selamat, terhindar daripada penderitaan 
itu. "Khalid bin Ma'dan (yang meriwayatkan hadith itu daripada Muaz RA) berkata,"Muaz sering membaca hadis ini Sebagaimana seringnya beliau membaca Al-Quran, hadith ini Sebagaimana Mempelajari ia Mempelajari Al-Quran dalam majlisnya.
=Semoga bermanfaat=
WALLAHUA’ALAM