TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???
Showing posts with label JAGALAH HATI. Show all posts
Showing posts with label JAGALAH HATI. Show all posts

Saturday

Graviti tarikan fikiran-Husnuzon atau Suudzon

                                                  
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Disini ada sedikit perkongsian ilmu,pandangan pendapat,untuk sama-sama kita renungkan dan lakukan
insya'Allah semoga kita sentiasa sama-sama menuju jalan kebaikkan dan keredhaan ALLAH.Ameenn,kepada yang sudah mengetahui mudahan ia dapat mengingatkan lagi dan belum mengetahui sama-sama kita selami pengetahuan..iaitu berkenaan Daya,ingatan atau hukum graviti(tarikan) yang kita fikirkan,akan menjadi kenyataan sesuai juga dengan kehendak ALLAH..
Hukum graviti(tarikan) adalah satu hukum ALLAH yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum ALLAH swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith:-

Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi itu,
ALLAH menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka ALLAH akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka ALLAH akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya. Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana ia adalah DOA.

Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran kita. Dengan perkataan lain, 'ketika kita memikirkan sesuatu' hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita.
sebagai contoh- jika kita melihat orang sedang ketawa gembira secara tak langsung kita akan mengeluarkan senyuman,dan berada dalam situasi itu,begitu kita juga kita berada dikalangan orang sedang marah ,perasaan daya tarikan sifat benci dan marah itu akan muncul dalam tarikan fkiran kira

..
Tarikan itu wujud dan nyata. Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat-pusat membeli belah,Tesco ka ,Jusco ka,carefuor ka,Pegopedo ka atau sbgainya..Ini kerana, sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikiran kita dihantui bayangan penyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu. (Semuanya ini atas kehendak
ALLAH jua)Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara:


1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan ALLAH swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan sepatutnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
Solat Duha ibarat magnet rezeki dan amalan bersedekah akan menggandakan kehadiran rezeki ke dalam hidup kita.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya
ALLAH tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan ALLAH akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan ALLAH bahawa segala rezeki itu datang dariNya. Maka sentiasalah menghulurkan derma / sedekah dengan hati yang ikhlas sebagai tanda kita bersyukur dan mengasihi orang lain


3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...


Cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau
Hukum graviti(tarikan). Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.. Insya'Allah
Akhir sekali,sebelum kita menyudahi segala manfaat kebaikan marilah kita sama-sama fidyahkan Al-fatehah kpda junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W,kedua IbuBapa kita,Guru-guru yang bersanad hingga ke RasulAllah,kepada diri kita sendiri,serta smua muslimin muslimah.mudahan kita peroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lalkukan.Ameen
jika ada kata-kata tulisan saya ini menyentuh luka perasaan,pohon maaf,dan tegurlah dengan bicara iman,


اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ, اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ ,اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوْا اللهَ لِيْ وَلَكُمْ
ا
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday

Jagalah Hati~Headquarters in the heart


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Alhamdulillah diberi kekuatan iman dan islam untuk terus thabat dalam landasan yang diredhai Nya.Dan Allah sentiasa bersama kita dalam susah dan senang.
Sedikit perkongsian tip-tip untuk melembutkan hati sesiapa saja yang anda mahu, dengan menggunakan ayat suci al-Quran sebagai wasilah.
Istigfar serta selawat sebelum membacanya dengan niat yang baik.
Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-6 yang bermaksud:
Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.
Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa.
Ya Allah, Kau lembutkanlah hati ku, sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.
“setitik hitam jika tidak dibersihkan lama kelamaan akan mengotori hari kita”
Jagalah Hati Kita
WAllahualam.

Sunday

TANDA-TANDA TERTUTUP MATAHATI


Kegiatan anda pada menghasilkan sesuatu yang telah terjamin untuk anda, disamping itu anda meninggalkan sesuatu di mana anda telah dituntut (diperintahkan pada mengerjakannya) adalah menunjukkan atas (telah) butanya (tertutup) matahati anda."

Dalam penghuraian kalam hikmah di atas,akan terjumpa perkataan berikut:

Ijtihad : takrifan ijtihad di sini adalah dari pegertian tasawuf, 'bersungguh-sungguh atau giat tanpa kenal letih dan lelah, di mana seluruh kekuatan kita diarahkan untuk memperolehi sesuatu yang tertuju.

Taqsir : meninggalkan sesuatu yang dimaksudkan disebabkan kelalaian dan kurang perhatian. Atau tidak mengerjakan sesuatu dengan sempurna sesuai seperti apa yang dikehendaki tentangnya,tegasnya mengerjakan sesuatu setengah-setengah tanpa perhatian yang bulat.

Al-Basirah : matahati; sesuatu yang disebut dengan mata di dalam hati yang dapat menangkap segala sesuatu yang sifatnya maknawiyyah (yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera yang lima atau sebagainya).

Al-Basar : mata jasmaniah dapat melihat menggunakan organ mata.

Perbezaan antara Al-Basirah dan Al-Basar ialah: mata dapat melihat apa yang kita lihat, tetapi matahati melihat sesuatu yang mata kita tidak nampak.

Kalam hikmah ini memberikan pengertian bahawa jangan kita mementingkan diri dalam mencari rezeki yang telah dijamin oleh Allah.

Kita boleh berusaha mencari rezeki yang halal, tetapi jangan sampai lupa diri, sehingga seluruh penghidupan tertumpu kepada urusan duniawi sahaja. Apabila tumpuan kita hanya terhadap duniawi sahaja pasti akan mengakibatkan kurang kesungguhan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban terhadap ajaran agama.

Sedangkan Allah SWT dengan kurniaNya dan kebaikkanNya telah menjamin rezeki hamba-hambaNya, seperti dalam firmanNya dalam Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 60; bermaksud

"Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezekinya sendiri, Tuhan yang memberinya makan dan (juga) memberi kamu, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu."

Firman Allah dalam Al-Quran, surah Taha ayat 132 bermaksud;

"Dan suruhlah ahlimu bersolat dan tetap mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (hanya) Kami yang memberi kamu rezeki dan akibat (yang Baik) adalah untuk ( orang yang) memelihara diri dari kejahatan."

Dua ayat ini memberikan pengertian kepada kita bahawa dalam masalah rezeki,kita tidak boleh susah. Sebab telah ada jaminan Allah SWT,asalkan kita terus berusaha dan berikhtiar dengan ketentuan dari tingkatan-tingkatan masing-masing.

Apabila masalah dalam mendapat rezeki telah sempurna jalannya, maka imbalan daripada itu, Allah SWT menuntut kita untuk melaksanakan amal ibadah berupa kewajiban-kewajiban kita terhadap Allah SWT dan mengerjakan amal-amal kebajikan. Dengan beramal ibadah, kita akan dapat sampai kepada kebahagiaan di akhirat yang kekal - baqa'. Dan dengan beramal ibadah juga kita akan dapat mendekati Allah, seperti Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Az-Zaariyat, ayat 56 yang bermaksud :

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia selain supaya mereka itu berta'abud (mengabdikan diri) kepadaKu"

Kemudian dalam surah yang sama ayat 57-58, bermaksud:

"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dia adalah Maha Pemberi rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan yang teguh (luar biasa)."

Dari ayat di atas jelas menunjukkan Allah tidak ada keperluan dari kita sebagai makhlukNya, sebaliknya kita yang memerlukan pertolongan Allah. Allah menciptakan manusia dengan hikmah agar manusia pandai bersyukur dan berterima kasih kepadaNya dengan jalan beribadah. Mematuhi segala perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Sebab itu makin banyak kita beribadah, makin kita terasa kemanisannya.

Tanda-tanda orang yang tenggelam dalam berusaha pada apa yang telah dijamin oleh Allah, ialah:

a) Atta'assufu 'Alal Ghaa'ibi.

Iaitu timbul penyesalan, apabila sesuatu yang telah diberikan oleh Tuhan dicabut kembali olehNya, samada dengan jalan hilang dicuri orang, dibinasakan dengan datangnya banjir, gempa bumi, tsunami atau musnah ditelan api dan sebagainya.

b) Faqdut - Taqwaa Fit - Tahshiili.

Iaitu tidak ada taqwa dalam hati didalam mencari rezeki. Pendeknya asal dapat wang, halal haram tidak dikira.

c) Alghaflatu 'Anil Huquuqil Muta'akkidati Fis - Sababi.

Iaitu lalai dalam masa mencari rezeki hingga mengabaikan kewajiban diri seperti menunaikan solat, berpuasa dan lain-lain lagi.

Sebab itu kita sepatutnya merasa bimbang sekiranya apabila rezeki bertambah, kita semakin sibuk hingga kadang-kadang solat terpaksa ditangguh dan dilengahkan. Mula-mula kita lewatkan, lama kelamaan dengan kesibukkan menerima rezeki yang makin melimpah, solat mula ditinggalkan. Bukan sesuatu kenikmatan yang kita dapat sekiranya anugerah rezeki yang banyak dari Allah, tetapi dalam masa yang sama kewajiban diri kita tinggalkan. Berhati-hatilah...

justeru itu samalah kita selalu bermuhasabah diri....

Tanda-tanda hamba Allah yang tidak tenggelam di dalam apa jua urusan hidup dan kehidupan:

a) Ar-Ridhaa Bil Waaqi'i

Iaitu redha pada apa yang terjadi. Apabila mendapat keuntungan besar, maka ia bersyukur kepada Allah SWT dan apabila mendapat ujian, maka ia bersabar dan menyerahkan diriNya kepada Allah SWT.

b) At- Taqwaa Fith- Thalabi.

Iaitu selalu taqwa kepada Allah dalam mencari rezeki yang halal. Bermaksud amat prihatin segala sumber rezeki yang diperolehi samada halal atau haram.

c) Hifzhul Adaabi Fil-Asbaabi.

Iaitu selalu memelihara hubungan sesama manusia, menjaga adab sopan, berhemah dalam berkata-kata, tidak menfitnah, tidak beremosi dan merasa sakit hati dengan sesuatu yang bukan sepatutnya, tidak menganiya orang lain semasa berusaha mencari rezeki yang halal.

Dengan ini jelaslah siapakah orang-orangnya yang diredhai oleh Allah didalam usaha dan ikhtiar mencari rezeki.

Kesimpulan:

Kalam Hikmah di atas menyarankan kepada kita, supaya tetap memelihara hati, agar selalu mendapat limpahan petunjuk dan tuntutan Allah dalam seluruh persoalan hidup yang kita hadapi. Dengan itu didalam kita berusaha dan berikhtiar mendapatkan rezeki yang halal, jangan sekali-kali kita lupa pada Allah dengan mematuhi dan mentaati segala suruhannya. (Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang).

Sebaliknya ini adalah dalil mata hati telah buta dan tertutup, sehingga kebenaran dan keadilan dalam erti yang luas, gelap dan tidak nampak. Kebahagiaan yang kekal abadi yang selalu menjadi cita-cita para hambaNya yang soleh akan sirna dan lenyap sama sekali. 

Na'uzubillahi min zalik

PKP
SAFAR  1433/January  2012