TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Jagalah Hati~Headquarters in the heart


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Alhamdulillah diberi kekuatan iman dan islam untuk terus thabat dalam landasan yang diredhai Nya.Dan Allah sentiasa bersama kita dalam susah dan senang.
Sedikit perkongsian tip-tip untuk melembutkan hati sesiapa saja yang anda mahu, dengan menggunakan ayat suci al-Quran sebagai wasilah.
Istigfar serta selawat sebelum membacanya dengan niat yang baik.
Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-6 yang bermaksud:
Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.
Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa.
Ya Allah, Kau lembutkanlah hati ku, sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.
“setitik hitam jika tidak dibersihkan lama kelamaan akan mengotori hari kita”
Jagalah Hati Kita
WAllahualam.

Thursday

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W





Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda  RasulAllah  s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda RasulAllah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

 “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
  Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
  Juga pun”.

Tuesday

Senyumlah....ia menyerikan kisah..



RasulAllah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).”  (Hadis Riwayat Muslim)


Senyum pandangan sains

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal saintis  percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ’endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ’adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistempertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Sunday

AKU TAHU.......TAPI.......





Aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya


Aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat


Aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan


Aku tahu solat itu penting
tapi selalu niat berpusing


Aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya


Aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga


Aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang


Aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih tak pandai menjaga diri


Aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah


Aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah tak endahkannya


Aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi


aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa


Aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia


Aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA


Aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi tak berusaha untuk medapatkannya
.............................................................................................................


Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..


sedangkan tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. 


Kenapa aku jadi begini???


Aku tahu,,,, aku INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT, tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.


Jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.....

Monday

MENANGISLAH BILA HARUS MENANGIS....




Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. 
Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. 
Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. 
Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. 
Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. 
Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. 
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. 
Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. 


Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. 
Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. 
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. 
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. 


Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. 
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan. 


Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. 
Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan. 
 "Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)  Tangis adalah basahan hidup,justeru: 
 Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. 


 Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan. 


 Sabda RasulAllah s.a.w. 


 "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH." 


 Nabi Muhammad saw bersabda lagi : 


 "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali." 


Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. 


Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta. 


Nabi bersabda saw : 
 "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." 


 Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. 
 Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. 
 Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. 


 Nabi Muhammad saw bersabda : 


 "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." 
 Seorang Hukama pernah bersyair : 


 "Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan." 


 Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya.


 Kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. 
 Lupakah kita Nabi saw pernah bersabda : 


 "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis." 


 Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. 
 Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. 
 Nikmat disambut suka, kedukaan menjemput duka. 


 Namun, Allah s.a.w. telah berfirman : 


 " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216) 


Bukankah Nabi saw pernah bersabda: 


"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala." 
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. 
Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. 
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, dilondeh di depan khalayak ramai menyemarakkan rasa malu 
Berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat RasulAllah saw yang dikasihi Allah. 
Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam a.s. yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. 


Menangislah seperti Saidina Umar r.a. yang selalu memukul dirinya dengan berkata : 
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang. Aku takut akulah orang itu." 


Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim r.a. apabila ditanya : 


"Kenapa engkau menangis?" 
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya. 


Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. 
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : 
 "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu." 
Ibnu Masud r.a.berkata :  "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur
dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan  tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara,khusuknya di waktu orang lain berbangga,seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah. 
Tanyakanlah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :  "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH." 


Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!

Ketentuan Allah dan Penghidupan Manusia




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..apa khabar saudara-saudaraku semua??? semoga saudara-saudaraku semua sentiasa tenang,beriman serta didalam keredhaan-Nya..Disini sedikit cerita untuk dikongsikan bersama,, bagi sudah mengetahui dapatlah kita mengimbas kembali dan bagi belum mengetahui bersama-samalah kita berkongsi,mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada kita..

Kehendak anda kepada tajrid di samping Allah SWT mendirikan (meletakkan) anda didalam asbab adalah merupakan syahwat yang tidak nampak dilihat. Kehendak anda kepada asbab disamping Allah mendirikan anda didalam tajrid bererti turun dari himmah Yang Maha Tinggi."

Maksud diatas seperti berikut :-

Perkataan " Al-Asbab ", maksudnya ialah: " Sesuatu yang sampai dengannya kepada maksud yang dicapai di dalam dunia."

iaitu segala sesuatu dimana dengannya kita boleh sampai untuk maksud-maksud yang diperlukan di dalam kehidupan duniawi. Misalnya mencari rezeki yang halal atau bekerja dalam sifat yang diredhai Allah SWT.

Perkataan "At-Tajrid " ialah " Melepaskan diri dari Al-Asbab.


Manusia dalam penghidupan terbahagi kepada dua ;

1." Manusia yang ditentukan Allah dalam status Al-Asbab". 
Manusia dalam status ini untuk menghasilkan penghidupannya dalam dunia adalah dengan jalan bekerja.

Manusia distatus ini perlu bekerja untuk hidup. Bekerja dengan perkerjaan yang Allah redhai.

Jika tidak bekerja,ia tidak boleh menjalani kehidupan dengan sewajarnya. 

Apabila kehidupan selamat, tenteram dengan pekerjaan yang dilakukan ini, menurut akhlak ilmu tasawuf, dia tidak boleh meninggalkan pekerjaan tersebut untuk berpindah kepada status yang lain,iaitu meninggalkan pekerjaan yang sudah berkat itu kerana tujuan semata-mata melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. 

Dengan maksud yang mudah difahami " Orang ini telah berkerja dengan pekerjaan yang Allah redha , kemudian dia berhenti dari bekerja untuk melakukan ibadat sahaja seperti mahu beriktikaf di masjid dengan berhenti berniaga". 
Bila dia meninggalkan pekerjaan dan beribadat sahaja tanpa menghiraukan penghidupan, menurut akhlak ilmu tasawuf, terdapat syahwat yang tersembunyi di dalam dirinya. 

Disebut dengan " syahwat " kerana tidak mau menuruti atau tidak mahu sejalan dengan dengan kehendak Allah.Sedangkan Allah berkehendak pada kemaslahatan setiap manusia itu dalam hidup dan kehidupannya supayA bekerja, beramal dan berusaha.

Maksud" tersembunyi "iaitu syahwat itu disebut dengan syahwat yang tersembunyi ialah bercita-cita besar untuk menghampirkan diri semata-mata kepada Allah untuk kebahagiaan ukhrawi tetapi kehidupan duniawi menjadi kucar-kacir dan menyusahkan orang (kerana berhenti bekerja).Bercita-cita spt ini pada dasarnya baik, tetapi pada hakikatnya sudah menyimpang dari ketentuan Allah.


2. " Manusia yang ditentukan Allah dalam status Tajrid ". 
Manusia dalam tingkatan status ini sudah tinggi nilainya pada sisi Allah.

Penghidupannya telah dipermudahkan oleh Allah, sehingga ia tidak sukar lagi dalam hidup dan kehidupan. Dia tidak perlu lagi bekerja dan berusaha mencari rezeki, tetapi rezekilah yang datang kepadanya.

Terdapat dua gambaran manusia yang berada distatus ini.

(a) Manusia ini bekerja dan berusaha tetapi seolah-olah dia bekerja sebagai tanggungjawab,kerana hatinya tertuju selalu bagaimana ia dapat melaksanakan ajaran agama dengan sebaik-baiknya dan bagaimana ia selalu taqwa kepada Allah SWT. 

Maka manusia seperti ini meskipun ia beramal dan bekerja, tetapi tidak memberatkan otaknya, bahkan Allah memudahkan rezekinya dan memberikan keberkatan pada usahanya yang tidak terkiranya sama sekali.

Lihat Surah At-Talaq: Ayat 2 - 3

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar (dari kesulitan-kesulitan) untuk orang itu. Dan Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber-sumber) yang tidak pernah difikirkan. 

Dan barang siapa yang tawakkal kepada Allah,maka Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Tuhan itu melaksanakan kehendakNya. Sesungguhnya Allah telah menqadarkan bagi tiap-tiap sesuatu".

b) Ada manusia yang sama sekali tidak bekerja dan berusaha, selain hanya beribadat saja kepada Allah Yang Maha Esa. Beribadat ini ada macam-macam sifatnya.

Contohnya Tuan Guru yang mengajar di pondok-pondok. Mereka mengajar tanpa memungut upah tetapi mendidik dan membimbing manusia kepada ajaran-ajaran agama. Mereka tidak bekerja hanya menonton manusia kepada kebaikkan sahaja.

Mereka tidak bertani, berniaga atau bersawahpadi,kelaut (nelayan) tetapi rezeki mereka sentiasa ada. Mereka juga tidak memiliki harta. 

Segala rezeki datang kepada mereka, dihantar oleh petani, atau nelayan atau peniaga atau sesiapa saja mengikut tempat dimana tuan guru itu tinggal.

Hamba-hamba Allah yang telah diangkat martabatnya oleh Allah ke makam tajrid seperti di bahagian dua di atas, maka akhlak tasawuf menganjurkan kepadanya supaya jangan turun ke maqam Al-Asbab. 

Jika ia turun ke makam al-asbab bererti ia menurunkan nilai dirinya dari himmah(tekad) yang bermutu tinggi. 

Maksudnya ia jangan turun untuk bekerja dan berusaha seperti orang-orang biasa, kerana jika ia turun ke tingkat ini, maka ibadatnya akan terganggu, keberkahan yang telah diberikan Allah kepadanya akan dicabut Allah SWT.

Maka tiap-tiap status yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia mesti diterima dengan redha dan ikhlas. 

Meskipun maqam-maqam antara kita sesama manusia berlainan, kita tidak boleh cuba-cuba memindahkan diri dari satu maqam ke maqam yang lain. 

Samada ke maqam yang lebih tinggi atau ke maqam yang lebih rendah, seperti dari asbab ke tajrid atau tajrid ke asbab kecuali Allah yang memindahkan. 

Seperti Allah tidak lagi memberkati kita pada satu-satu maqam hingga kita harus berpindah daripadanya.

Contoh,pekerjaan yang dilakukan sehari-hari tidak lagi menguntungkan/membahgiakan baik pada dunia atau pada agama, namun dia tetap berkewajiban menyelesaikan duniawi dan ukhrawi sebagaimana sepatutnya. Dengan itu telah ada keinginan Allah untuk memindahkan maqam orang tersebut.

Apabila kita berada pada hidup dan kehidupan, selalulah berpegang kepada Allah, bertawakkal, menyerahkan diri dan tidak melupakanNya. 

Maka Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang akan melihat kita ke jalan yang benar. 

Seperti surah Al Imran ,ayat 101:

" Barang siapa yang berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya orang itu telah diberikan petunjuk kepada jalan yang lurus (benar) ".


Kata Imam Malik

"Barangsiapa berFiqih/bersyariat saja tanpa tasawuf nescaya akan berlaku Fasik (tidak bermoral) "

"Barangsiapa yang berTasawuf sahaja tanpa berfiqih/berSyariat nescaya ia berlaku Zindik(sesat dalam berAgama)

Marilah kita sama-sama manfaat diri kita,kluarga kita,masyarakat kita,,smoga Allah selalu memberi Hidayah kpd  kita kepada jalan yang benar dan lurus.....Ameen

Sunday

TANDA-TANDA TERTUTUP MATAHATI


Kegiatan anda pada menghasilkan sesuatu yang telah terjamin untuk anda, disamping itu anda meninggalkan sesuatu di mana anda telah dituntut (diperintahkan pada mengerjakannya) adalah menunjukkan atas (telah) butanya (tertutup) matahati anda."

Dalam penghuraian kalam hikmah di atas,akan terjumpa perkataan berikut:

Ijtihad : takrifan ijtihad di sini adalah dari pegertian tasawuf, 'bersungguh-sungguh atau giat tanpa kenal letih dan lelah, di mana seluruh kekuatan kita diarahkan untuk memperolehi sesuatu yang tertuju.

Taqsir : meninggalkan sesuatu yang dimaksudkan disebabkan kelalaian dan kurang perhatian. Atau tidak mengerjakan sesuatu dengan sempurna sesuai seperti apa yang dikehendaki tentangnya,tegasnya mengerjakan sesuatu setengah-setengah tanpa perhatian yang bulat.

Al-Basirah : matahati; sesuatu yang disebut dengan mata di dalam hati yang dapat menangkap segala sesuatu yang sifatnya maknawiyyah (yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera yang lima atau sebagainya).

Al-Basar : mata jasmaniah dapat melihat menggunakan organ mata.

Perbezaan antara Al-Basirah dan Al-Basar ialah: mata dapat melihat apa yang kita lihat, tetapi matahati melihat sesuatu yang mata kita tidak nampak.

Kalam hikmah ini memberikan pengertian bahawa jangan kita mementingkan diri dalam mencari rezeki yang telah dijamin oleh Allah.

Kita boleh berusaha mencari rezeki yang halal, tetapi jangan sampai lupa diri, sehingga seluruh penghidupan tertumpu kepada urusan duniawi sahaja. Apabila tumpuan kita hanya terhadap duniawi sahaja pasti akan mengakibatkan kurang kesungguhan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban terhadap ajaran agama.

Sedangkan Allah SWT dengan kurniaNya dan kebaikkanNya telah menjamin rezeki hamba-hambaNya, seperti dalam firmanNya dalam Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 60; bermaksud

"Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezekinya sendiri, Tuhan yang memberinya makan dan (juga) memberi kamu, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu."

Firman Allah dalam Al-Quran, surah Taha ayat 132 bermaksud;

"Dan suruhlah ahlimu bersolat dan tetap mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (hanya) Kami yang memberi kamu rezeki dan akibat (yang Baik) adalah untuk ( orang yang) memelihara diri dari kejahatan."

Dua ayat ini memberikan pengertian kepada kita bahawa dalam masalah rezeki,kita tidak boleh susah. Sebab telah ada jaminan Allah SWT,asalkan kita terus berusaha dan berikhtiar dengan ketentuan dari tingkatan-tingkatan masing-masing.

Apabila masalah dalam mendapat rezeki telah sempurna jalannya, maka imbalan daripada itu, Allah SWT menuntut kita untuk melaksanakan amal ibadah berupa kewajiban-kewajiban kita terhadap Allah SWT dan mengerjakan amal-amal kebajikan. Dengan beramal ibadah, kita akan dapat sampai kepada kebahagiaan di akhirat yang kekal - baqa'. Dan dengan beramal ibadah juga kita akan dapat mendekati Allah, seperti Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Az-Zaariyat, ayat 56 yang bermaksud :

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia selain supaya mereka itu berta'abud (mengabdikan diri) kepadaKu"

Kemudian dalam surah yang sama ayat 57-58, bermaksud:

"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dia adalah Maha Pemberi rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan yang teguh (luar biasa)."

Dari ayat di atas jelas menunjukkan Allah tidak ada keperluan dari kita sebagai makhlukNya, sebaliknya kita yang memerlukan pertolongan Allah. Allah menciptakan manusia dengan hikmah agar manusia pandai bersyukur dan berterima kasih kepadaNya dengan jalan beribadah. Mematuhi segala perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Sebab itu makin banyak kita beribadah, makin kita terasa kemanisannya.

Tanda-tanda orang yang tenggelam dalam berusaha pada apa yang telah dijamin oleh Allah, ialah:

a) Atta'assufu 'Alal Ghaa'ibi.

Iaitu timbul penyesalan, apabila sesuatu yang telah diberikan oleh Tuhan dicabut kembali olehNya, samada dengan jalan hilang dicuri orang, dibinasakan dengan datangnya banjir, gempa bumi, tsunami atau musnah ditelan api dan sebagainya.

b) Faqdut - Taqwaa Fit - Tahshiili.

Iaitu tidak ada taqwa dalam hati didalam mencari rezeki. Pendeknya asal dapat wang, halal haram tidak dikira.

c) Alghaflatu 'Anil Huquuqil Muta'akkidati Fis - Sababi.

Iaitu lalai dalam masa mencari rezeki hingga mengabaikan kewajiban diri seperti menunaikan solat, berpuasa dan lain-lain lagi.

Sebab itu kita sepatutnya merasa bimbang sekiranya apabila rezeki bertambah, kita semakin sibuk hingga kadang-kadang solat terpaksa ditangguh dan dilengahkan. Mula-mula kita lewatkan, lama kelamaan dengan kesibukkan menerima rezeki yang makin melimpah, solat mula ditinggalkan. Bukan sesuatu kenikmatan yang kita dapat sekiranya anugerah rezeki yang banyak dari Allah, tetapi dalam masa yang sama kewajiban diri kita tinggalkan. Berhati-hatilah...

justeru itu samalah kita selalu bermuhasabah diri....

Tanda-tanda hamba Allah yang tidak tenggelam di dalam apa jua urusan hidup dan kehidupan:

a) Ar-Ridhaa Bil Waaqi'i

Iaitu redha pada apa yang terjadi. Apabila mendapat keuntungan besar, maka ia bersyukur kepada Allah SWT dan apabila mendapat ujian, maka ia bersabar dan menyerahkan diriNya kepada Allah SWT.

b) At- Taqwaa Fith- Thalabi.

Iaitu selalu taqwa kepada Allah dalam mencari rezeki yang halal. Bermaksud amat prihatin segala sumber rezeki yang diperolehi samada halal atau haram.

c) Hifzhul Adaabi Fil-Asbaabi.

Iaitu selalu memelihara hubungan sesama manusia, menjaga adab sopan, berhemah dalam berkata-kata, tidak menfitnah, tidak beremosi dan merasa sakit hati dengan sesuatu yang bukan sepatutnya, tidak menganiya orang lain semasa berusaha mencari rezeki yang halal.

Dengan ini jelaslah siapakah orang-orangnya yang diredhai oleh Allah didalam usaha dan ikhtiar mencari rezeki.

Kesimpulan:

Kalam Hikmah di atas menyarankan kepada kita, supaya tetap memelihara hati, agar selalu mendapat limpahan petunjuk dan tuntutan Allah dalam seluruh persoalan hidup yang kita hadapi. Dengan itu didalam kita berusaha dan berikhtiar mendapatkan rezeki yang halal, jangan sekali-kali kita lupa pada Allah dengan mematuhi dan mentaati segala suruhannya. (Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang).

Sebaliknya ini adalah dalil mata hati telah buta dan tertutup, sehingga kebenaran dan keadilan dalam erti yang luas, gelap dan tidak nampak. Kebahagiaan yang kekal abadi yang selalu menjadi cita-cita para hambaNya yang soleh akan sirna dan lenyap sama sekali. 

Na'uzubillahi min zalik

PKP
SAFAR  1433/January  2012