TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Monday

aku bermohon padaMU


Tambah kapsyen
ya ALLAH 

dengan kebesaranMU yang di bawa bersama kalimah BIsmIllah...
kami memohon kejayaan yang hakiki...yakni kejayaan dari sisiMU...
Sesungguhnya,Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini..
malah,telah KAU tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami..
sekiranya kejayaan dalam ujian hidup ini merupakan sebahagian dari rezeki kami...
janganlah dengan kejayaan itu,ia menjauhkan kami dariMU..
sekiranya kegagalan dalam ujian kali ini merupakan satu takdir untuk kami..
maka KAU teguhkanlah hati kami...
moga dengan kegagalan itu,kami lebih dekat denganMU..kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau..

ya ALLAH,

telah kamI berusaha,namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain..
ada ketikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami..
moga KAU maafkan kealpaan kami..
telah juga kami berdoa..dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar...dan akhirnya kami bertawakal kepadaMU...moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami..
Sesungguhnya telah KAU bentangkan dua jalan untuk kami..dan tiada yang ketiga,tiada juga yang di tengah..maka KAU tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus...jalan yang membawa kebaikan kepada kami..kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki..tidak hanya dunia yang sementara..tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama..

ya ALLAH,

KAU tidak pernah menzalimi hambaMU walau seberat zarah sekalipun...
dan tidak pernah KAU bebankan hambaMU dengan bebanan yang tidak dapat hambaMU pikul..
maka dengan itu,KAU tunjukkanlah kami...KAU bimbinglah kami...KAU terangilah kami..jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMU..jadikan kejayaan dalam perjuangan kami sebagai satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMU...dan janganlah KAU lalaikan kami dengan kejayaan itu,setelah kami diberikan kejayaan..Moga kami ditetapkan didalam landasan keimanan dalam memperjuangkan agamaMU...tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMU...dan di atas ketaatan kepadaMU..dan di atas jihad pada jalanMU..

Ameen 





PKP~DEC 2011


















Saturday

LIKU KEHIDUPAN




“Begitu banyak orang yang menyeru agar bertakwa kepada Allah ta’ala namun begitu sediktnya yang melakukannya”

Ku hanya mampu memberi nasihat untuk semua saudaraku dan diriku sendiri bahawa,
bertakwalah kepada Allah ta’ala...

Janganlah melihat besar kecilnya dosa dan kederhakaan,…
tapi lihatlah siapa dan keagungan Zat yang kita durhakai…

Dan..
Senntiasa berhati-hatilah mengharungi kehidupan ini
yang penuh ranjau yang menggiring seorang insan menuju lembah kehancuran baik dunia maupun akhirat

kerana syaitan dan bala tentaranya tak akan pernah putus asa menggoda anak adam sampai ia menjadi teman bagi dia di dalam api neraka…

Bertaubatlah dengan sejujurnya kepadaNYA….

Ketika pintu-pintu telah ditutup,
ketuklah pintu sang pencipta

yang sentiasa menyambut ratapan dan doa seorang hamba,

ketahuilah..
seandainya Allah ta’ala mengabulkan semua permohonan semua makhluknya maka tidak akan mengurangi kekayaan Allah ta’ala sedikitpun.

Dialah yang Maha Kaya

Cantik menarik bila nak tertarik???



 cantik solekan tapi sayang ~
jika tak dapat dibasahi wuduk


 tegap tubuh badan tapi sayang ~
jika tak pernah tunduk bersujud


 manis ulas bibir tapi sayang ~
jika tak selalu melafaz zikir


 mewah kereta tapi sayang ~
jika tak pernah bersinggah di masjid


 cerdik otak kepala tapi sayang ~
jika tak boleh beza dosa & pahala

Friday

...INGATKAN DAKU WAHAI SAHABAT.....




SAHABAT........

..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 ALLAH
..Andai ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
..Andai ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dgn kehebatan zat-NYA .

..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
.....Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
Dan..Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa &
Al-Fatihah...

..Berjanjilah SAHABAT.. Ukhuwwah kita utk selamanya......Insya'Allah "
..jua Al-Fatihah..buat sahabat-sahabatku yg telah menemui Pencipta..
..moga rohmu tenang disana....Ameen

Sunday

Gegarkan & Sebarkan Risalah Ilmu-NYA




Telah kau sampaikan salam pada temanmu
Melalui denai laman Mayamu
Telah kau kirimkan gambar terbarumu
Telah kau reply komen-komen itu.....

Namun............

Sudahkah kau balas panggilan Tuhanmu?
Sudahkah kau kirim selawat ke Nabimu?
Sudahkah kau baca ayat cinta Tuhanmu..?
Sudahkah..sahabat oh sudahkah?

Sesawang Maya tidak salah
Asal jangan langgar syaratnya
Jangan sampai melalaikanmu
Berjam-jam di depan muka Maya
Ku di sini hanya mengingati..
Teman-teman yang aku sayangi..
Jangan hanya kerana alam maya ini
Kau lupakan Tuhanmu..
dan mengabaikan segala kewajipanmu...

Marilah bersama-sama kita menyebarkan risalah ALLAH di dalam Sesawang Maya ini agar usaha kita yang tidak seberapa ini dapat MENGGEGARKAN dunia sesawang Maya
dan menyedarkan golongan yg perlukan peringatan
dan teguran....

Tuesday

MUHARAM (2)



Peristiwa -peristiwa penting



Saturday

IKHLAS





Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin misteri.Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas….Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH…itu pun tidak ikhlas…..

Teringat pula pesanan Iman Ghazali..ketika muridnya bertanya..."Tuan,bagaimana keadaanku..ketika mulutku berzikir..tetapi hatiku masih lalai...?"..Lalu Iman yg arif dalam keajaiban hati itu pun berkata"Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yg kotor dan sia-sia....

Teringat pula apa yg ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w…tentang seseorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu RasulALLAH saw menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu…


Bagaimana untuk ikhlas

- Lakukanlah sesuatu dengan mengharapkan keredhaan Allah. Bermohonlah kepada ALLAH agar benih keikhlasan hati kita semata-mata kerana-Nya.Berdoalah.

"Ya ALLAH, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan-Mu sementara aku mengetahuinya, dan aku memohon ampun terhadap perbuatan syirik yang tidak aku ketahui."
(Hadits Shahih riwayat Ahmad)

 “Ya ALLAH, jadikanlah seluruh amalanku amal yang saleh, jadikanlah seluruh amalanku hanya kerana ikhlas mengharap wajahmu, dan jangan jadikan sedikitpun dari amalanku tersebut kerana orang lain.”
 (Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu)

- Sembunyi kanlah amal kebaikan.

“Tujuh golongan yang akan ALLAH naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil,pemuda yang tumbuh di atas ketaatan kepada ALLAH, lelaki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid, dua orang yang mencintai kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-Nya,seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan,namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada ALLAH, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya danseseorang yang mengingat ALLAH di waktu sendiri hingga menitislah air matanya.” 
(HR Bukhari Muslim).

- Takut amalan tidak diterima oleh ALLAH

Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.”
 (Surah.. Al Mu’minun: 60)

 Jangan mengukur kesempurnaan digaris permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yg menanti masa untuk menyusup. Tegar dan relakan sahaja
Jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan…

Teruskanlah wahai diriku seikhlas mungkin..walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia

Wallahu'alam

Friday

Takdir dan Kasih Sayang-NYA





Kita sering mahukan hari yang CERAH..
tetapi Allah lebih mengetahui,
hakikatnya HUJAN perlu diturunkan..


Kita sering inginkan KESERONOKAN..
... jauh sekali KESUSAHAN..
tetapi Allah lebih mengetahui
KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN..


Kita sering menginginkan KETENANGAN..
Hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN..
Tetapi manusia tidak dapat lari daripada KESILAPAN..


Semua itu bukanlah suatu HUKUMAN,
tetapi sebagai tanda KASIH & SAYANG ALLAH
agar kita lebih BERIMAN..

Wednesday

Taman rohani





Sang cahaya mula meninggi 
Aku harus berangkat pergi
Gelap malam pasti kembali
Gelap jalan arah mencari

Menangislah bonda mengiring cita
Sepi Berkunjung lagi di tepi perigi
Di sawah padi Di lubuk hati

Tanah ini
Tanah ini taman rohani
Jasmani ayah beresemadi
Dan bunga berpuisi

Gagah berani dia berdiri
Gema suara harga diri
Jerit merdeka untuk generasi
Balasan budi yang sekali
Untuk kita berjuang lagi
Mengenal diri di muka hari


Saatnya tiba untuk melangkah
Menjunjung kasih tanah ini

Terus merdeka selagi mengerti
Arah sendiri dalam arus
Untuk kita mengenal pasti
Jual dan beli muslihat seni

Tanah ini
Taman rohani


MUHARAM





MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).Sebelum  RasulAllah  berhijrah dari  Mekah  ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah  RasulAllah saw  memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah RasulAllah,ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
Pada asasnya,Muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang,iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu,umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Doa awal tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana 
 ALLAH  telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."  





 
Segala puji hanya bagi ALLAH,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya ALLAH ,Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihanMU yang Maha Agong dan kemurahanMU  yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan daripada syaitan yang direjam,dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMU.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Ameen...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana 
ALLAH  telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

RIAK




 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..apa khabar saudara-saudaraku semua??? semoga saudara-saudaraku semua sentiasa tenang,beriman serta didalam keredhaan-Nya..Disini sedikit cerita untuk dikongsikan bersama,, bagi sudah mengetahui dapatlah kita mengimbas kembali dan bagi belum mengetahui bersama-samalah kita berkongsi,mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada kita..

Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, wujud tanpa kita sedar, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan seluruh ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. RasulAllah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.

Kerisauan itu dinyatakan RasulAllah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)



Takrif Riak

Riak adalah penyakit rohani yang boleh mengancam aqidah umat Islam. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu.Imam al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan.Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat,riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Allah swt berfirman mafhumnya:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"

Firman ALLAH lagi yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah),Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
(surah al-Baqarah,ayat 264)

Paling mudah disimpulkan,riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau pernghormatan orang lain.Hal ini bertentangan kehendak Islam yg menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan ALLAH.


Jenis2 riak

Orang yg tidak ikhlas menunaikan kerja ibadatnya adalah orang yg diserang penyakit riak yang membatalkan ibadatnya.
Riak terbahagi kepada dua:
1- riak khusus
2- riak bercampur.

Riak khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata2 daripda amalan yang dikerjakan.

Mengikut pendapat (Qaul) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riak itu.Yang jelas,riak itu mengakibatkan amalan X diterima,ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Diriwayatkan,apabila seseorang hamba Allah yang riak menuntut pahala amalannya
pada hari kiamat, Allah swt lalu berfirman bermaksud:
Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?

Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas.Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi,bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:
"Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu)
mengerjakan amalan itu bukan kerana Ku."

Mengikut riwayat lain:
Pada hari kiamat,kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk,
'Hai orang2 yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu.Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada KU.'

Dan diriwayatkan lagi,RasulAllah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya: 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riak, pengadu domba dan pendengki."

Mengikut Imam al-Ghazali  dalam hadith tersebut bermaksud,bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan La Ilaha Illallah,Muhammad RasulAllah.Manakala riak itu pula ialah sejahat-jahat riak, iaitu riak orang munafik,menunjuk2 imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan perbuatan,tetapi di dalam hatinya berlainan.Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riak tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran,lalu terluputlah daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka.

Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, RasulAllah bersabda,
bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari kiamat ialah:


Lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran; 
Lelaki yang banyak harta; 
Lelaki yang terkorban dalam perang sabil. 


Kepada lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran, Allah berfirman bermaksud:


"Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?" Apabila
lelaki itu menjawab, 'Ya, wahai Tuhanku', Allah berfirman lagi, 'Apa yang engkau
amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Quran itu?' Jika lelaki itu
berbohong, Allah berfirman kepadanya, 'Engkau dusta!'. Para Malaikat juga turut
berkata demikian. 'Engkau sebenarnya mahukan sebutan atau pujian orang.
Seungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran
untukmu.'

Kepada orang kaya pula Allah berfirman bermaksud:

"Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?" Jawab orang kaya itu, 'Ya, wahai Tuhanku'. Lalu Allah berfirman lagi, Apakah yang
engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu? Jika orang kaya itu
menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan
bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. Engkau berdusta!
Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah
memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!

Demikianlah juga,firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil,

"apabila dia berbohong dengan mengatakan, Engkau perintah kami berjihad fi
sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku
dibunuh."

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, RasulAllah bersabda maksudnya,

Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit2 kerana orang-orang riak. Ibnu Abbas lalubertanya, Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riak.

Riak khusus pula Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia,walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah
juga termasuk dalam riak.

Menurut ulama riak itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tidak kira,sama ada daripada Allah atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki,maka itu dikira riak.

Firman Allah mafhumnya:
'Barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman akhirat, Kami tambahkan baginya hasil tanamannya dan barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman dunia, Kami kurniakan kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tiada sedikitpun baginya bahagian akhirat.' 
(Surah asy-Syuura: Ayat 20).

Jika manfaat dunia yg dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat,maka itu dikira riak,kerana manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi.

Jadi,niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riak.Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat pengorbanan orang ramai dengan cara meninggalkan taraf hidup kita,semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, misalnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.

Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk
akhirat),kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan,
kebesaran,kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi.


Perkara yang diriakkan oleh manusia

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkn keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini didepan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya.Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah.Dia memilih lafaz2 yang halus dan dalam maknanya juga kata2 hikmat beserta hadih.Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong...

4- Riak pada amalan


Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang2, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu,contohnya solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.


Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai.Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.pak kiyai ka,ayahnda2,datoknda,moyangnda dan sebagainya

Peringkat riak


1- Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripadaNya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Cara untuk menghindarinya. 

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati...

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat2 khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3- Berhati2 terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Hati2lah kamu..jangan mencampuradukkan antara taat pada ALLAH dengan keinginan dipuji orang(riak), nescaya gugur amalanmu"
(hadis riwayat Ad-Dailami)

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah,namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya.Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya.Namun untuk melakukan satu2 ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri,namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

RasulAllah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." 
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).

Allah berfirman bermaksud: 
"Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun."(Surah al-Kahfi, ayat 110)
Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuatkan dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan ALLAH di akhirat nanti.Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah,menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat.Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia2 belaka. Wallahua’lam.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lamakelamaan ia akan membinasakan kemurniaan aqidah,keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, wara' atau rajin beribadah.Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini dingatkan ALLAH dalam firman bermaksud:
"Dan janganlah kamu turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu dari (agama) ALLAH". (Surah Sad: 26)

Akhir kata dari saya untuk saya juga semua saudara2 seagama Muslim mai kita menjauhkan diri ataupun membersihkan hati daripada amalan riak maka setiap Muslim hendaklah memperhitungkan diri sendiri berapa banyak kebaikan serta dosa yang dilakukan supaya terus berhati-hati dalam setiap gerakan dan apa juga tindakan yang akan dilakukan.

Firman ALLAH swt yang bermaksud:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah ali-Imran: 135)

Wallahua’lam.

23/NOV/2011 
Apokalip PKP