TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Wednesday

Taman rohani





Sang cahaya mula meninggi 
Aku harus berangkat pergi
Gelap malam pasti kembali
Gelap jalan arah mencari

Menangislah bonda mengiring cita
Sepi Berkunjung lagi di tepi perigi
Di sawah padi Di lubuk hati

Tanah ini
Tanah ini taman rohani
Jasmani ayah beresemadi
Dan bunga berpuisi

Gagah berani dia berdiri
Gema suara harga diri
Jerit merdeka untuk generasi
Balasan budi yang sekali
Untuk kita berjuang lagi
Mengenal diri di muka hari


Saatnya tiba untuk melangkah
Menjunjung kasih tanah ini

Terus merdeka selagi mengerti
Arah sendiri dalam arus
Untuk kita mengenal pasti
Jual dan beli muslihat seni

Tanah ini
Taman rohani


MUHARAM





MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).Sebelum  RasulAllah  berhijrah dari  Mekah  ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah  RasulAllah saw  memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah RasulAllah,ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
Pada asasnya,Muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang,iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu,umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Doa awal tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana 
 ALLAH  telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."  





 
Segala puji hanya bagi ALLAH,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya ALLAH ,Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihanMU yang Maha Agong dan kemurahanMU  yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan daripada syaitan yang direjam,dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMU.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Ameen...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana 
ALLAH  telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

RIAK




 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..apa khabar saudara-saudaraku semua??? semoga saudara-saudaraku semua sentiasa tenang,beriman serta didalam keredhaan-Nya..Disini sedikit cerita untuk dikongsikan bersama,, bagi sudah mengetahui dapatlah kita mengimbas kembali dan bagi belum mengetahui bersama-samalah kita berkongsi,mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada kita..

Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, wujud tanpa kita sedar, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan seluruh ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. RasulAllah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.

Kerisauan itu dinyatakan RasulAllah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)



Takrif Riak

Riak adalah penyakit rohani yang boleh mengancam aqidah umat Islam. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu.Imam al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan.Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat,riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Allah swt berfirman mafhumnya:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"

Firman ALLAH lagi yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah),Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
(surah al-Baqarah,ayat 264)

Paling mudah disimpulkan,riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau pernghormatan orang lain.Hal ini bertentangan kehendak Islam yg menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan ALLAH.


Jenis2 riak

Orang yg tidak ikhlas menunaikan kerja ibadatnya adalah orang yg diserang penyakit riak yang membatalkan ibadatnya.
Riak terbahagi kepada dua:
1- riak khusus
2- riak bercampur.

Riak khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata2 daripda amalan yang dikerjakan.

Mengikut pendapat (Qaul) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riak itu.Yang jelas,riak itu mengakibatkan amalan X diterima,ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Diriwayatkan,apabila seseorang hamba Allah yang riak menuntut pahala amalannya
pada hari kiamat, Allah swt lalu berfirman bermaksud:
Tidakkah Aku luaskan untukmu tempat kedudukanmu di majlis-majlis? Tidakkah Aku jadikan engkau pemimpin manusia di dunia? Tidakkah Aku murahkan (permudahkan) urusan perniagaanmu? Apakah kamu tidak dimuliakan?

Riwayat ini bermaksud, tuntutan pahala daripada hamba Allah itu tidak diperkenankan, kerana amalannya tidak ikhlas.Cukuplah untuk dia mendapat manfaat dunia yang menjadi matlamatnya.

Diriwayatkan lagi,bahawa malaikat membawa naik ke langit amalan hamba Allah dengan sukacitanya. Tetapi Allah berfirman:
"Lemparkan amalan itu ke neraka Sijjin. Sesungguhnya dia (hamba Allah itu)
mengerjakan amalan itu bukan kerana Ku."

Mengikut riwayat lain:
Pada hari kiamat,kedengaran seruan yang dapat didengar oleh semua makhluk,
'Hai orang2 yang menyembah manusia! Berdirilah kamu, ambillah pahala daripada orang yang kerananya kamu kerjakan amalan kamu itu.Aku tidak menerima amalan yang dikaitkan dengan yang lain daripada KU.'

Dan diriwayatkan lagi,RasulAllah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya: 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riak, pengadu domba dan pendengki."

Mengikut Imam al-Ghazali  dalam hadith tersebut bermaksud,bakhil yang sejahat-jahat bakhil, iaitu bakhil daripada mengucapkan La Ilaha Illallah,Muhammad RasulAllah.Manakala riak itu pula ialah sejahat-jahat riak, iaitu riak orang munafik,menunjuk2 imannya dan tauhidnya dengan kata-kata dan perbuatan,tetapi di dalam hatinya berlainan.Orang yang tidak mengatasi bakhil dan riak tersebut atau tidak membebaskan diri daripada serangan kedua-duanya, akan menerima kecelakaan dan akan terjatuh dalam kekufuran,lalu terluputlah daripada syurga dan berhak kekal dalam neraka.

Dalam satu riwayat yang panjang, Abu Hurairah menyatakan, RasulAllah bersabda,
bahawa orang-orang yang mula-mula diseru pada hari kiamat ialah:


Lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran; 
Lelaki yang banyak harta; 
Lelaki yang terkorban dalam perang sabil. 


Kepada lelaki yang membaca atau menghafal al-Quran, Allah berfirman bermaksud:


"Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?" Apabila
lelaki itu menjawab, 'Ya, wahai Tuhanku', Allah berfirman lagi, 'Apa yang engkau
amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Quran itu?' Jika lelaki itu
berbohong, Allah berfirman kepadanya, 'Engkau dusta!'. Para Malaikat juga turut
berkata demikian. 'Engkau sebenarnya mahukan sebutan atau pujian orang.
Seungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan itulah ganjaran
untukmu.'

Kepada orang kaya pula Allah berfirman bermaksud:

"Tidakkah Aku kurniakan kekayaan kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?" Jawab orang kaya itu, 'Ya, wahai Tuhanku'. Lalu Allah berfirman lagi, Apakah yang
engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu? Jika orang kaya itu
menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silaturrahim dan
bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para malaikat. Engkau berdusta!
Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang, bahawa engkau pemurah. Engkau telah
memperolehi apa yang engkau mahu itu dan itulah ganjaran untukmu!

Demikianlah juga,firman Allah kepada lelaki yang terkorban dalam perang sabil,

"apabila dia berbohong dengan mengatakan, Engkau perintah kami berjihad fi
sabilillah, maka aku berjihad. Dalam perang sabil aku membunuh dan akhirnya aku
dibunuh."

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, RasulAllah bersabda maksudnya,

Sesungguhnya neraka dan penghuninya menjerit2 kerana orang-orang riak. Ibnu Abbas lalubertanya, Kenapa mereka menjerit, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Kerana terlalu panas api yang digunakan untuk menyeksa orang-orang riak.

Riak khusus pula Orang yang mengerjakan amal kebajikan kerana berkehendakkan manfaat dunia,walaupun manfaat itu diharapkan daripada Allah (bukan daripada manusia) adalah
juga termasuk dalam riak.

Menurut ulama riak itu adalah berdasarkan apa yang dikehendaki, bukan daripada siapa kehendak itu diminta. Tidak kira,sama ada daripada Allah atau daripada manusia, jika manfaat dunia yang dikehendaki,maka itu dikira riak.

Firman Allah mafhumnya:
'Barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman akhirat, Kami tambahkan baginya hasil tanamannya dan barangsiapa berkehendakkan hasil tanaman dunia, Kami kurniakan kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tiada sedikitpun baginya bahagian akhirat.' 
(Surah asy-Syuura: Ayat 20).

Jika manfaat dunia yg dikehendaki untuk dijadikan bekalan beribadat,maka itu dikira riak,kerana manfaat itu bukan bersifat duniawi semata-mata, tetapi bercampur dengan manfaat ukhrawi.

Jadi,niat untuk mencapai matlamat kebajikan ke jalan akhirat bukan dikira riak.Umpamanya, kita berusaha mencari pengaruh atau berusaha untuk mendapat pengorbanan orang ramai dengan cara meninggalkan taraf hidup kita,semata-mata dengan tujuan agar kerja kebajikan kita, misalnya kegiatan dakwah, mendapat sokongan dan sambutan yang akan mendatangkan hasil yang diharapkan atau mendapat kejayaan yang cemerlang.

Hal seperti itu dikatakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat kebajikan (untuk
akhirat),kecuali jika pengaruh dan penghormatan itu untuk memperolehi kemuliaan,
kebesaran,kemasyhuran, kemegahan dan keadaan yang bersifat duniawi.


Perkara yang diriakkan oleh manusia

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkn keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini didepan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya.Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah.Dia memilih lafaz2 yang halus dan dalam maknanya juga kata2 hikmat beserta hadih.Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong...

4- Riak pada amalan


Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang2, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu,contohnya solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.


Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai.Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.pak kiyai ka,ayahnda2,datoknda,moyangnda dan sebagainya

Peringkat riak


1- Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripadaNya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Cara untuk menghindarinya. 

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati...

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat2 khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3- Berhati2 terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Hati2lah kamu..jangan mencampuradukkan antara taat pada ALLAH dengan keinginan dipuji orang(riak), nescaya gugur amalanmu"
(hadis riwayat Ad-Dailami)

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah,namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya.Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya.Namun untuk melakukan satu2 ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri,namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

RasulAllah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." 
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).

Allah berfirman bermaksud: 
"Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun."(Surah al-Kahfi, ayat 110)
Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuatkan dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan ALLAH di akhirat nanti.Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah,menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat.Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia2 belaka. Wallahua’lam.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lamakelamaan ia akan membinasakan kemurniaan aqidah,keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, wara' atau rajin beribadah.Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini dingatkan ALLAH dalam firman bermaksud:
"Dan janganlah kamu turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu dari (agama) ALLAH". (Surah Sad: 26)

Akhir kata dari saya untuk saya juga semua saudara2 seagama Muslim mai kita menjauhkan diri ataupun membersihkan hati daripada amalan riak maka setiap Muslim hendaklah memperhitungkan diri sendiri berapa banyak kebaikan serta dosa yang dilakukan supaya terus berhati-hati dalam setiap gerakan dan apa juga tindakan yang akan dilakukan.

Firman ALLAH swt yang bermaksud:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah ali-Imran: 135)

Wallahua’lam.

23/NOV/2011 
Apokalip PKP

Monday

Bila wajah mu aku bayangkan (Allahyarham Sudirman Hj Arshad)




Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Bila kasih mu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkan mu

Pernah dulu pernah ku bercinta
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Bercinta begini

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkan mu

Berdoa,Berusaha,Bertawakal





RasulALLAH s.a.w bersabda yang maksudnya:  ALLAH  memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.( Riwayat Ibn an-Najjar)


Pengajaran dari Hadis-
- Kekayaan  &  mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan didalam Islam dgan syarat2 tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yg harus di sisi syarak.Ini penting kerana dgan cara ini tabungan (dana), pembahagian  &  perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dgan baik  &  lancar (mantop & Tiptop)  untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
- Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan diatas kekurangan & kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan.Oleh itu kemantapan iman sangat penting,jangan sampai menyalahkan takdir disaat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
- Rezeki & kemewahan datangnya daripada  ALLAH  S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus & tamak sehingga mencetuskan permusuhan & perbalahan,dengki-mendengki dan sebagainya.Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana & sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.



WALLAHUA'LAM

Friday

Bersabarlah wahai hati




Sabarlah wahai hati..,
Luas mencabar kehidupan ini
Segala kepahitan sukar dilupai
Bagaimana langkah harusku lalui
Tabahkan jua dalam mengharungi


Sabarlah wahai hati..,
Sifatmu membawa kebahgiaan diri
Junjungan peribadi Nabi yang dicintai
Kemanisan hidup bakal menerangi
Kekuatan dalam meneruskan hari-hari


Sabarlah wahai hati...,
Setiap dugaan datang menguji
Adakah dirimu mampu mengharungi
Walaupun perit untuk menjalani
Dirimu pasti berjaya menangani


Sabarlah wahai hati..,
Hanya Pemilikmu lebih menghetahui
Keyakinan kepadaNya sahaja mengubati
Ibarat mutiara yang sukar ditemui
Ketahuilah yang terbaik bakal menanti

Batu belah



Batu belah batu betangkup
Batu tepian tempat mandi
InsyALLAH tiadaku takut
Sudah demikian ku perbuat janji

Tuesday

Duhai Bonda dan Ayahnda





Duhai bonda,ayahnda
Dalam hati tercoret rahsia
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang ujian perjalanan kita.


Duhai bonda,ayahnda
Jika dahulu melayang rasa 
Jika dahulu ku mencekik air mata
jika dahulu aku buta melihat jasa
Doa mu masih sentiasa bertamu


Duhai bonda,ayahnda
Katakan lah apa saja.
walau gelombang samudra 
cerun ranjau membelah dada
darah merah ku tukar ganti
tiada harga mampu terbayar
dengan harga sebuah kasih


Duhai bonda,ayahnda
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu
Redhakanlah aku walau secebis jasa
halalkan lah walau sesuap rasa
Ini yang tersurat untukku
Kerana inilah kebenarannya
Hidup Cuma sementara.....

RASULALLAH S.A.W





RASULALLAH S.A.W
Kasih sayangnya sangat ketara,
kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yg x upaya
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,


RASULALLAH S.A.W
Pemurahnya tidak a
RASULALLAH S.A.Wda taranya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,

RASULALLAH S.A.W
Makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tiada lazat makannya
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,

RASULALLAH S.A.W
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luar biasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,

RASULALLAH S.A.W
Gelaran diberi "ULUL AZMI"
Pemimpin disayangi
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Hatinya sentiasa jaga,

RASULALLAH S.A.W
Terkadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tamunya
Kerana menghormati tamunya,
Melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah si dara yang paling pemalu,
Ibadahnya banyak, diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami

RASULALLAH S.A.W
Dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,

RASULALLAH S.A.W
Dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,

RASULALLAH S.A.W
kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,

RASULALLAH S.A.W
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Dia mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Dia tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh mulia,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,

Demikianlah secara ringkas
tentang cerita Rasul kita,
Tiada Rasul lagi selepas wafatnya Baginda
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang Zahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,