Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan
dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan
kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan
Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan
bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala
pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian.
Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama
Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama
Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi
mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi
penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah
Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah,
Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi
Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian
kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan,
kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini
dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang
sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki
kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan.
Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai
pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang
menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap
orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan
yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang
banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha
Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi
dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke
atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin
Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan
daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu
maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan
yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang
Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan
Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta
pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan
yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan.
Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang
memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang
banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang,
wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan,
wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha
Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai
Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri
dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas
tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku,
wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan
kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang
memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang
yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang
bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang
ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat
durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil;
wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai
Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan
yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang
dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada
orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang
mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan
sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan
yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada
Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu
aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya
Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup
dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan
dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan
segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan
dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan
binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari
kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan,
dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh.
Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya
orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh
malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian
yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang
tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal,
dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik
Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya
bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili
sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang
mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap
selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan
Pemerintah Seluruh Alam.Ameen..
Sejarah Doa Angin Ahmar
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.
Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu RasulAllah SAW, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.
Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insyaAllah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.
Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.