TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Friday

Berilmulah didalam solat




Belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.
Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya. 
Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.
Sabdanya lagi yang bermaksud:
Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.
Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada ALlah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 28 yang bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ilmuan (yang beriman).
Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, dan kekudusan Allah s.w.t.
Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah solat seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-mukminun
ayat 1 - 2 yang bermaksud:
Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri , tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al- fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja . yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang
pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan
tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir.
[Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama.
[Qauli]
13. Tertib [Qalbi]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman",
yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka);
kerana Allah mempunyai banyak nama- nama yang baik serta mulia". Dan
janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara
itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110
Sekadar ingin berkongsi apa yang telah diketahui,sekian terima kasih
Wallahu a’lam

Thursday

IKHLAS


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

1. Ibadah yang qabul (diterima) oleh Allah hanya lah ibadah yang berserta "ikhlas" di dalam nya !

2. Ibadah yang di lakukan semata2 kerana Allah, tetapi masih di selubungi perasaan hati yang mencitakan pahala, syurga dan keindahannya di akhirat SAH di sisi Fiqh / Syari'at zahir, namun pada sisi pandangan Tasawwuf, ianya cedera di sebabkan wujudnya cita2 selain Allah berserta ibada
hnya.

3. Hakikat "ikhlas" sebagaimana yang di tuntut oleh Allah adalah "Tauhid" yang murni, ketika hati telah suci dari sekalian kekotoran "maknawiyyah", tiada cita2 lain selain menuntut Wajah Allah dan semata2 melihat anugerah Allah kepada diri hamba untuk melakukan Ibadah!

4. Orang yang benar2 beriman wajib bersusaha sungguh2 mendapat hakikat "ikhlas" sebagaimana di huraikan di atas, sekurang2 nya pada tingkatan Tauhid yang paling rendah, iaitu pada Tauhid Af'al.

5. Ketika seseorang hamba Allah memperoleh hakikat "ikhlas", dia akan merasai kemanisan sekalian ibadahnya, tenang hatinya berserta Allah sepanjang Ibadahnya. Bahkan sepanjang hidupnya akan di penuhi kebahagiaan!

6. Seseorang belum mencapai "Tauhid" yang sebenar dan belum memperoleh darjat hakikat "ikhlas" (orang awam), hendaklah sentiasa waspada sepanjang Ibadahnya iaitu di permulaan, di pertengahan dan dan di penghujung setiap Ibadahnya agar tidak tergelincir niatnya! Dan dia perlu berbanyak2 taubat dan muhabasah di sebabkan niat hatinya yang setiasa berubah2, semoga Allah mengampuninya dan menerima nya sebagai hamba ALlah!

Saturday

Dimanakah lensa mata hati



Saat penutup lensa dibuka,
Tanpa sebarang fokus utama,
Mencari sesuatu yang tampak biasa,
Boleh jadi bersahaja namun indah,
Boleh jadi sederhana namun penuh makna.

Lantas perspektif mencari sudut posisi istimewa,
Keindahan yang mengenal pencipta,
Membawa ketenangan pada jiwa.
Itulah lensa mata hati,
Ketajaman pada gerak hati,
PadaNya tidak pernah lupa pada Pemberi.

Saat nukilan diteliti,
Pada penulis usah dihakimi,
Namun pada Pencipta sebaiknya yang mengilhami,
Aku bukan siapa-siapa,
Aku tiada apa-apa,
Namun aku punya DIA yang ada segalaNya,
Mengingatkan aku kembali pada lensa,
Iman menjadi zoom utama.

Kehidupan ini tidak pernah berhenti menguji,
Pada hati yang aku bawa ke sana ke mari,
Pada hati yang sering dicaci dan disakiti,
Pada luaran yang diperhati,
Aku bukan insan istimewa, itu pasti.

Lensa mata hati,
Mengajar agar jangan tersasar,
Hidup bukan pada rasa semata,
Namun perlu ada simpulan jiwa,
Serta lakaran harapan pada hamparan utama.

Sujudku dan sujudmu,
Teguh kerana syukur atas segala rahmatMu,
Doaku dan doamu,
Akan terus utuh kerana utusan rindu kepadaMu,
Tidak tertakluk pada situasi perlu,
Mahupun kehendak yang mendesak.

Lalu,
Tepuk dada tanya Iman, tegur hati,
Dimanakah lensa mata hatimu?

Graviti tarikan fikiran-Husnuzon atau Suudzon

                                                  
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Disini ada sedikit perkongsian ilmu,pandangan pendapat,untuk sama-sama kita renungkan dan lakukan
insya'Allah semoga kita sentiasa sama-sama menuju jalan kebaikkan dan keredhaan ALLAH.Ameenn,kepada yang sudah mengetahui mudahan ia dapat mengingatkan lagi dan belum mengetahui sama-sama kita selami pengetahuan..iaitu berkenaan Daya,ingatan atau hukum graviti(tarikan) yang kita fikirkan,akan menjadi kenyataan sesuai juga dengan kehendak ALLAH..
Hukum graviti(tarikan) adalah satu hukum ALLAH yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum ALLAH swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith:-

Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi itu,
ALLAH menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka ALLAH akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka ALLAH akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya. Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana ia adalah DOA.

Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran kita. Dengan perkataan lain, 'ketika kita memikirkan sesuatu' hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita.
sebagai contoh- jika kita melihat orang sedang ketawa gembira secara tak langsung kita akan mengeluarkan senyuman,dan berada dalam situasi itu,begitu kita juga kita berada dikalangan orang sedang marah ,perasaan daya tarikan sifat benci dan marah itu akan muncul dalam tarikan fkiran kira

..
Tarikan itu wujud dan nyata. Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat-pusat membeli belah,Tesco ka ,Jusco ka,carefuor ka,Pegopedo ka atau sbgainya..Ini kerana, sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikiran kita dihantui bayangan penyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu. (Semuanya ini atas kehendak
ALLAH jua)Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara:


1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan ALLAH swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan sepatutnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
Solat Duha ibarat magnet rezeki dan amalan bersedekah akan menggandakan kehadiran rezeki ke dalam hidup kita.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya
ALLAH tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan ALLAH akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan ALLAH bahawa segala rezeki itu datang dariNya. Maka sentiasalah menghulurkan derma / sedekah dengan hati yang ikhlas sebagai tanda kita bersyukur dan mengasihi orang lain


3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...


Cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau
Hukum graviti(tarikan). Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.. Insya'Allah
Akhir sekali,sebelum kita menyudahi segala manfaat kebaikan marilah kita sama-sama fidyahkan Al-fatehah kpda junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W,kedua IbuBapa kita,Guru-guru yang bersanad hingga ke RasulAllah,kepada diri kita sendiri,serta smua muslimin muslimah.mudahan kita peroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lalkukan.Ameen
jika ada kata-kata tulisan saya ini menyentuh luka perasaan,pohon maaf,dan tegurlah dengan bicara iman,


اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ, اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ ,اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوْا اللهَ لِيْ وَلَكُمْ
ا
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ