Tambah kapsyen |
TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu
3 perkara pilih hat mana???
Monday
Saturday
LIKU KEHIDUPAN
“Begitu banyak orang yang menyeru agar bertakwa kepada Allah ta’ala namun begitu sediktnya yang melakukannya”
Ku hanya mampu memberi nasihat untuk semua saudaraku dan diriku sendiri bahawa,
bertakwalah kepada Allah ta’ala...
Janganlah melihat besar kecilnya dosa dan kederhakaan,…
tapi lihatlah siapa dan keagungan Zat yang kita durhakai…
Dan..
Senntiasa berhati-hatilah mengharungi kehidupan ini
yang penuh ranjau yang menggiring seorang insan menuju lembah kehancuran baik dunia maupun akhirat
kerana syaitan dan bala tentaranya tak akan pernah putus asa menggoda anak adam sampai ia menjadi teman bagi dia di dalam api neraka…
Bertaubatlah dengan sejujurnya kepadaNYA….
Ketika pintu-pintu telah ditutup,
ketuklah pintu sang pencipta
yang sentiasa menyambut ratapan dan doa seorang hamba,
ketahuilah..
seandainya Allah ta’ala mengabulkan semua permohonan semua makhluknya maka tidak akan mengurangi kekayaan Allah ta’ala sedikitpun.
Dialah yang Maha Kaya

Cantik menarik bila nak tertarik???
cantik solekan tapi sayang ~
jika tak dapat dibasahi wuduk
tegap tubuh badan tapi sayang ~
jika tak pernah tunduk bersujud
manis ulas bibir tapi sayang ~
jika tak selalu melafaz zikir
mewah kereta tapi sayang ~
jika tak pernah bersinggah di masjid
cerdik otak kepala tapi sayang ~
jika tak boleh beza dosa & pahala
Friday
...INGATKAN DAKU WAHAI SAHABAT.....
SAHABAT........
..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 ALLAH
..Andai ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
..Andai ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dgn kehebatan zat-NYA .
..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
.....Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
Dan..Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa &
Al-Fatihah...
..Berjanjilah SAHABAT.. Ukhuwwah kita utk selamanya......Insya'Allah "
..jua Al-Fatihah..buat sahabat-sahabatku yg telah menemui Pencipta..
..moga rohmu tenang disana....Ameen
Sunday
Gegarkan & Sebarkan Risalah Ilmu-NYA
Telah kau sampaikan salam pada temanmu
Melalui denai laman Mayamu
Telah kau kirimkan gambar terbarumu
Telah kau reply komen-komen itu.....
Namun............
Sudahkah kau balas panggilan Tuhanmu?
Sudahkah kau kirim selawat ke Nabimu?
Sudahkah kau baca ayat cinta Tuhanmu..?
Sudahkah..sahabat oh sudahkah?
Sesawang Maya tidak salah
Asal jangan langgar syaratnya
Jangan sampai melalaikanmu
Berjam-jam di depan muka Maya
Ku di sini hanya mengingati..
Teman-teman yang aku sayangi..
Jangan hanya kerana alam maya ini
Kau lupakan Tuhanmu..
dan mengabaikan segala kewajipanmu...
Marilah bersama-sama kita menyebarkan risalah ALLAH di dalam Sesawang Maya ini agar usaha kita yang tidak seberapa ini dapat MENGGEGARKAN dunia sesawang Maya
dan menyedarkan golongan yg perlukan peringatan
dan teguran....

Tuesday
MUHARAM (2)
Peristiwa -peristiwa penting
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
~Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
~.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.
Kisah Hijrah
RASULALLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad,baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal,RasulAllah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada ALLAH SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun,kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu RasulAllah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap2 ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah,RasulAllah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam RasulAllah menunggu perintah daripada ALLAH SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya ALLAH SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu,baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. RasulAllah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan RasulAllah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah RasulAllah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil RasulAllah (SAW). Mereka begitu yakin RasulAllah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya RasulAllah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila RasulAllah (SAW) keluar dari rumah itu.
RasulAllah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga.Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. RasulAllah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin RasulAllah (SAW) dan Abu Bakar (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati ALLAH SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, RasulAllah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada ALLAH SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan RasulAllah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap RasulAllah (SAW).Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan ALLAH SWT, RasulAllah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, RasulAllah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika RasulAllah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu RasulAllah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya RasulAllah di Madinah,Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, RasulAllah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda.RasulAllah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu,RasulAllah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah ALLAH SWT.
Kesan daripada penghijrahan RasulAllah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Wallahua’lam
PKP ~ 10/ Muharam / 1433
Saturday
IKHLAS
Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin misteri.Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas….Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH…itu pun tidak ikhlas…..
Teringat pula pesanan Iman Ghazali..ketika muridnya bertanya..."Tuan,bagaimana keadaanku..ketika mulutku berzikir..tetapi hatiku masih lalai...?"..Lalu Iman yg arif dalam keajaiban hati itu pun berkata"Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yg kotor dan sia-sia....
Teringat pula apa yg ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w…tentang seseorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu RasulALLAH saw menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu…
Bagaimana untuk ikhlas
- Lakukanlah sesuatu dengan mengharapkan keredhaan Allah. Bermohonlah kepada ALLAH agar benih keikhlasan hati kita semata-mata kerana-Nya.Berdoalah.
"Ya ALLAH, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan-Mu sementara aku mengetahuinya, dan aku memohon ampun terhadap perbuatan syirik yang tidak aku ketahui."
(Hadits Shahih riwayat Ahmad)
“Ya ALLAH, jadikanlah seluruh amalanku amal yang saleh, jadikanlah seluruh amalanku hanya kerana ikhlas mengharap wajahmu, dan jangan jadikan sedikitpun dari amalanku tersebut kerana orang lain.”
(Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu)
- Sembunyi kanlah amal kebaikan.
“Tujuh golongan yang akan ALLAH naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil,pemuda yang tumbuh di atas ketaatan kepada ALLAH, lelaki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid, dua orang yang mencintai kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-Nya,seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan,namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada ALLAH, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya danseseorang yang mengingat ALLAH di waktu sendiri hingga menitislah air matanya.”
(HR Bukhari Muslim).
- Takut amalan tidak diterima oleh ALLAH
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.”
(Surah.. Al Mu’minun: 60)
Jangan mengukur kesempurnaan digaris permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yg menanti masa untuk menyusup. Tegar dan relakan sahaja
Jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan…
Teruskanlah wahai diriku seikhlas mungkin..walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia

Wallahu'alam
Friday
Takdir dan Kasih Sayang-NYA
Kita sering mahukan hari yang CERAH..
tetapi Allah lebih mengetahui,
hakikatnya HUJAN perlu diturunkan..
Kita sering inginkan KESERONOKAN..
... jauh sekali KESUSAHAN..
tetapi Allah lebih mengetahui
KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN..
Kita sering menginginkan KETENANGAN..
Hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN..
Tetapi manusia tidak dapat lari daripada KESILAPAN..
Semua itu bukanlah suatu HUKUMAN,
tetapi sebagai tanda KASIH & SAYANG ALLAH
agar kita lebih BERIMAN..
Subscribe to:
Posts (Atom)