TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Sunday

Tersirat Sang Rama - Rama


Tidak ada salahnya, sekali sekala kita merendahkan diri untuk belajar dari makhluk-makhluk Allah yang kecil. Bahkan itulah yang dituntut kepada kita, dengan kerendahan jiwa barulah kita dapat benar-benar merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Allah SWT tentunya tidak menjadi
semua ciptaanNya untuk tujuan main-main atau sia-sia. Lukisan alam yang begitu indah ini adalah gambaran seni dan rapinya ciptaan Allah tetapi manusia yang selalu leka dan lupa diri sentiasa lupa untuk bersyukur. Kata Said nursi Badi’uzzaman kita kagumkan lukisan tetapi kita lupa kehebatan Pelukisnya.

Sesungguhnya alam yang terbentang luas ini, kata syed Qutb merupakan kitab Rubbubiyyah yang terbentang. Sekiranya kita membuka lembarannya satu demi satu maka kita akan dapat memahami kehebatan Allah SWT. Bahkan ilmu Allah pun tak mampu kita tafsir.

Cukuplah kali ini kalau kita melihat rama-rama. Makhluk kecil yang selalu kita terlepas pandang kewujudannya. Ya, rama-rama kecil yang berterbangan di sana sini. Mungkin tidak ramai yang tak sempat untuk mengkagumi seni dan keindahannya. Warna dan coraknya begitu indah dan serasi.
Saya begitu tertarik dengan gambaran serta kata-kata seseorang yang saya kasihi dan sentiasa dirindui katanya...

"Suka bila melihat sang rama-rama ianya
Tenang dalam diamnya,
Lebih jelas dari orang yang berbicara"




Memang kecantikan rama-rama tidak lagi dapat dinafikan oleh sesiapa jua yang memiliki mata dan jiwa. Tidak ada bunyi yang dikeluarkan tetapi kita sering saja merasakan kehadirannya. Katakan ada seekor rama-rama yang tersesat masuk ke dalam kelas, rumah atau pejabat kita maka seluruh mata akan tertumpu padanya.

Begitulah syakhsiyah seorang mukmin; pendiam, selalu berfikir, merenung dengan tenang, tidak banyak bicara tetapi diliputi kewibawaan yang berpengaruh. Hati-hati merasa terisi dengan kehadirannya, suasana terasa sunyi tanpanya, majlis semakin bermakna melihat ketibaannya dan jiwa-jiwa menumpang ketenangan dari
raut wajahnya. Mukmin itu ibarat permata beserta kilauan keindahannya, ketika bersendirianpun cahayanya begitu jelas dan indah maka apatah lagi apabila permata permata itu dikumpulkan makin terserlah dan indah cahayanya. Segala tingkah lakunya adalah qudwah bahkan diamnya pun menjadi sumber tarbiah.
Bila diamnya terlalu lama,
Tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak.


Diam dan istirehat itu adalah sunnah kehidupan, namun seorang mukmin tidak menjadikannya sebagai alasan untuk bermalasan, santai dan lalai melainkan sekadar memenuhi keperluan badan. Bermodalkan ilmu dan keimanan serta semangat dan keazaman, jiwanya sentiasa terdorong untuk beramal.

Namun syaitan tidak pernah mungkir dan lalai dengan janjinya untuk menyesatkan anak-anak Adam. Jiwa seorang mukmin sering tergugah dengan pujian dan sanjungan. Kilauan dunia hampir-hampir menjadikannya lalai dan leka dengan tujuan hidupnya yang hakiki. Namun dengan keimanan yang tertanam dijiwa dan rahmat Allah yang Maha Penyayang sering menjadikannya tersedar dan insaf. Itulah jiwa mukmin, seperti rama-rama yang kadang-kadang terpaku dengan kilauan air yang menjadikannya ta'jub terhadap keindahan dirinya.




Betapa sering ia melihat bayangan dirinya,
Yang terpantul dari riak air,
Seakan-akan bintang yang berkilauan,
Sedang permukaan air adalah cakrawalanya.

Ia terbang mengelilinginya,
Menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya,
andai ia menyambut kedatangan ,
dengan lembut ia mengikut pusaran angin
Itulah gambaran jiwa merestukan,
Mustahil membodohi dirinya,

Jelas sekali perbezaan antara kesesatan dan petunjuk baginya.

bersahabatlah dengan diriku wahai sang rerama dikau telah bayak mengajarku erti kesabaran dalam pergerakan..



Friday

Berilmulah didalam solat




Belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.
Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya. 
Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.
Sabdanya lagi yang bermaksud:
Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil
Hadith Riwayat Abu Nu’aim.
Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada ALlah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 28 yang bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ilmuan (yang beriman).
Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, dan kekudusan Allah s.w.t.
Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah solat seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-mukminun
ayat 1 - 2 yang bermaksud:
Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri , tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al- fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja . yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang
pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan
tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir.
[Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama.
[Qauli]
13. Tertib [Qalbi]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman",
yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka);
kerana Allah mempunyai banyak nama- nama yang baik serta mulia". Dan
janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara
itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110
Sekadar ingin berkongsi apa yang telah diketahui,sekian terima kasih
Wallahu a’lam

Thursday

IKHLAS


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

1. Ibadah yang qabul (diterima) oleh Allah hanya lah ibadah yang berserta "ikhlas" di dalam nya !

2. Ibadah yang di lakukan semata2 kerana Allah, tetapi masih di selubungi perasaan hati yang mencitakan pahala, syurga dan keindahannya di akhirat SAH di sisi Fiqh / Syari'at zahir, namun pada sisi pandangan Tasawwuf, ianya cedera di sebabkan wujudnya cita2 selain Allah berserta ibada
hnya.

3. Hakikat "ikhlas" sebagaimana yang di tuntut oleh Allah adalah "Tauhid" yang murni, ketika hati telah suci dari sekalian kekotoran "maknawiyyah", tiada cita2 lain selain menuntut Wajah Allah dan semata2 melihat anugerah Allah kepada diri hamba untuk melakukan Ibadah!

4. Orang yang benar2 beriman wajib bersusaha sungguh2 mendapat hakikat "ikhlas" sebagaimana di huraikan di atas, sekurang2 nya pada tingkatan Tauhid yang paling rendah, iaitu pada Tauhid Af'al.

5. Ketika seseorang hamba Allah memperoleh hakikat "ikhlas", dia akan merasai kemanisan sekalian ibadahnya, tenang hatinya berserta Allah sepanjang Ibadahnya. Bahkan sepanjang hidupnya akan di penuhi kebahagiaan!

6. Seseorang belum mencapai "Tauhid" yang sebenar dan belum memperoleh darjat hakikat "ikhlas" (orang awam), hendaklah sentiasa waspada sepanjang Ibadahnya iaitu di permulaan, di pertengahan dan dan di penghujung setiap Ibadahnya agar tidak tergelincir niatnya! Dan dia perlu berbanyak2 taubat dan muhabasah di sebabkan niat hatinya yang setiasa berubah2, semoga Allah mengampuninya dan menerima nya sebagai hamba ALlah!

Saturday

Dimanakah lensa mata hati



Saat penutup lensa dibuka,
Tanpa sebarang fokus utama,
Mencari sesuatu yang tampak biasa,
Boleh jadi bersahaja namun indah,
Boleh jadi sederhana namun penuh makna.

Lantas perspektif mencari sudut posisi istimewa,
Keindahan yang mengenal pencipta,
Membawa ketenangan pada jiwa.
Itulah lensa mata hati,
Ketajaman pada gerak hati,
PadaNya tidak pernah lupa pada Pemberi.

Saat nukilan diteliti,
Pada penulis usah dihakimi,
Namun pada Pencipta sebaiknya yang mengilhami,
Aku bukan siapa-siapa,
Aku tiada apa-apa,
Namun aku punya DIA yang ada segalaNya,
Mengingatkan aku kembali pada lensa,
Iman menjadi zoom utama.

Kehidupan ini tidak pernah berhenti menguji,
Pada hati yang aku bawa ke sana ke mari,
Pada hati yang sering dicaci dan disakiti,
Pada luaran yang diperhati,
Aku bukan insan istimewa, itu pasti.

Lensa mata hati,
Mengajar agar jangan tersasar,
Hidup bukan pada rasa semata,
Namun perlu ada simpulan jiwa,
Serta lakaran harapan pada hamparan utama.

Sujudku dan sujudmu,
Teguh kerana syukur atas segala rahmatMu,
Doaku dan doamu,
Akan terus utuh kerana utusan rindu kepadaMu,
Tidak tertakluk pada situasi perlu,
Mahupun kehendak yang mendesak.

Lalu,
Tepuk dada tanya Iman, tegur hati,
Dimanakah lensa mata hatimu?

Graviti tarikan fikiran-Husnuzon atau Suudzon

                                                  
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Disini ada sedikit perkongsian ilmu,pandangan pendapat,untuk sama-sama kita renungkan dan lakukan
insya'Allah semoga kita sentiasa sama-sama menuju jalan kebaikkan dan keredhaan ALLAH.Ameenn,kepada yang sudah mengetahui mudahan ia dapat mengingatkan lagi dan belum mengetahui sama-sama kita selami pengetahuan..iaitu berkenaan Daya,ingatan atau hukum graviti(tarikan) yang kita fikirkan,akan menjadi kenyataan sesuai juga dengan kehendak ALLAH..
Hukum graviti(tarikan) adalah satu hukum ALLAH yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum ALLAH swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith:-

Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi itu,
ALLAH menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka ALLAH akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka ALLAH akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya. Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana ia adalah DOA.

Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran kita. Dengan perkataan lain, 'ketika kita memikirkan sesuatu' hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita.
sebagai contoh- jika kita melihat orang sedang ketawa gembira secara tak langsung kita akan mengeluarkan senyuman,dan berada dalam situasi itu,begitu kita juga kita berada dikalangan orang sedang marah ,perasaan daya tarikan sifat benci dan marah itu akan muncul dalam tarikan fkiran kira

..
Tarikan itu wujud dan nyata. Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat-pusat membeli belah,Tesco ka ,Jusco ka,carefuor ka,Pegopedo ka atau sbgainya..Ini kerana, sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikiran kita dihantui bayangan penyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu. (Semuanya ini atas kehendak
ALLAH jua)Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara:


1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan ALLAH swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan sepatutnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
Solat Duha ibarat magnet rezeki dan amalan bersedekah akan menggandakan kehadiran rezeki ke dalam hidup kita.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya
ALLAH tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan ALLAH akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan ALLAH bahawa segala rezeki itu datang dariNya. Maka sentiasalah menghulurkan derma / sedekah dengan hati yang ikhlas sebagai tanda kita bersyukur dan mengasihi orang lain


3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...


Cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau
Hukum graviti(tarikan). Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.. Insya'Allah
Akhir sekali,sebelum kita menyudahi segala manfaat kebaikan marilah kita sama-sama fidyahkan Al-fatehah kpda junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W,kedua IbuBapa kita,Guru-guru yang bersanad hingga ke RasulAllah,kepada diri kita sendiri,serta smua muslimin muslimah.mudahan kita peroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lalkukan.Ameen
jika ada kata-kata tulisan saya ini menyentuh luka perasaan,pohon maaf,dan tegurlah dengan bicara iman,


اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ, اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ ,اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوْا اللهَ لِيْ وَلَكُمْ
ا
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sunday

Doa Angin Ahmar










Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. 

Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan.

 Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.Ameen..


Paling tidak pun kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah. Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.


Sejarah Doa Angin Ahmar

 Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu RasulAllah SAW, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insyaAllah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.