TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Friday

Definisi Tasawwuf

Al-Junaid Al-Baghdadi mendefinasikan Tasawwuf( Jalan kerohanian) kepada empat bahagian:

1) Tasawwuf adalah Mengenal Allah, sehingga hubungan antara kita dengan-Nya tiada perantara. 

2) Tasawwuf adalah melakukan semua akhlak yang baik menurut Sunnah Rasul dan meninggalkan akhlak yang buruk.
 
3) Tasawwuf adalah melepaskan hawa nafsu menurut kehendak Allah. 

4) Tasawwuf adalah merasa tiada memiliki apapun, juga tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT.

Tuesday

DIRIKU BUKANNYA APA-APA

Diri ku bukannya apa-apa 
Hanya mencari cinta Illahi
Hanya mahu amalkan ajaran Rasul
Hanya mahu hidupkan ilmu para Aulia

Diriku bukan apa-apa 
Hanya mahu membawa manusia agar mengenal Allah
Dengan jiwa dan sirr
Dengan cinta dan makrifat
Dengan kemabukan dan kefanaan
Dengan tiada lagi wujud hak dirinya

Diri ku bukan apa-apa 
Hanya mahu mengajak manusia mengenal Rasulullah
Akan syariat dan hakikatnya
Akan awal ,akhir, zahir dan batinnya
Akan tempat sempurna pantulan Sifat JamalNya
Akan kewajiban Mencintainya 
Akan membwa kepada syurga Makrifat dan syurga Akhirat

Diri ku bukan apa-apa 
Bukan mencari kemuliaan
Bukan mencari sanjungan
Bukan mencari pengikut
Bukan mencari nama
Bukan mencari untuk ditakzimkan

Aku bukannya apa-apa 
Aku bicarakan ketuhanan demi selamatkan insan dari buta dan syirik
Aku bicarakan tentang adab demi selamatkan insan akan cahaya Rasul dlm dirinya 

Sesungguhnya hati insan dalam dua jari Allah
Jika tiada menjaga dua ini dgn sebaiknya
Hatinya akan dipusing pada JalalNya yakni kemurkaanNya
Jika menjaganya dengan baik maka hatinya akan dipusing pada sifat JamalNya yakni KerahmatanNya

Aku bukannya apa-apa 
Jika adab dan akhlak 
bukan urusan Rasulullah
Bukan pakaian para Aulia
Bukan rukun dan usul dalam ilmu makrifat
Bukannya dalil kebenaran syuhudiah
Bukannya pakaian para pejuang
Bukannya senjata yang utama untuk tersebarnya Islam
Nescaya tiada aku bicarakan
Nescaya tiada keras aku sampaikan

Aku bukannya apa-apa 
aku tiada pilihan
aku juga tiada akan beri pilihan
Akan kepentingan akhlak dan adab
Dan tiada akan berlapang dada
Pada sesiapa jua
Demi sebuah cinta dan kasih sayang 

Aku tiada apa-apa 
Apa yg ku lakukan bukan untuk diri ku
Tapi untuk diri anak-anak ku
Demi takut akan kemurkaan Allah
Adapun pada diri ku
Tetap aku akan Ampuni dan tetap akan mencintai
Walaupun isi dada ku dirobek 
Agar cahaya Rasul tiada terpadam

Mereka yang paling hampir dengan Rasulullah diakhirat ialah yang paling baik akhlaknya 
Mereka yang paling hampir dihati gurunya 
ialah Mereka yang paling indah adabnya
Sesungguhnya Aku yg tiada apa-apa 

 Walid Al Malik