TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Peristiwa Israk dan Mikraj


 أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
  وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Saya menyeru diri saya,dan sahabat2
Marilah kita bersama membaca surah
Al Fatihah..

1. Sebelum Israk dan Mikraj

RasulAllah S. A. W mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada RasulAllah S. A. W Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh RasulAllah S. A. W dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. 

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu RasulAllah S. A. W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), RasulAllah S. A. W telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); 

Dalam perjalanan itu juga baginda RasulAllah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung /obor dan malaikat Jibrail mengajar RasulAllah S. A. W membaca

  Aku berlindung pada Tuhan Yang Maha Pemurah dan berpegang teguh pada kalimat-kalimatNYA yang sempurna yang tidak dapat diperangaruhi oleh siapapun juga, baik orang taat maupun orang fasik, dari kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik ke langit, kejahatan yang ada dimuka bumi dan kejahatan yang keluar dari bumi, kejahatan fitnah-fitnah dan peristiwa yang membawa akibat buruk yang terjadi siang dan malam, kecuali peristiwa yang membawa kebaikan, Ya Tuhan kami yang Maha Rahman (Pengasih).”

serta dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

~ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. RasulAllah S. A. W dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 


  ~Tempat yang berbau harum. RasulAllah S. A. W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya & anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

~ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 

~ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 

~ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

~ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
~ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

~ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 

~Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

~ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

~ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. RasulAllah S. A. W tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 

~ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. RasulAllah S. A. W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

~ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

RasulAllah S. A. W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. RasulAllah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 

. Langit Pertama: RasulAllah S. A. W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. 
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. RasulAllah S. A. W mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim KhaliLullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada RasulAllah S. A. W Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. RasulAllah S. A. W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda RasulAllah S. A. W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. RasulAllah S. A. W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: 

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. RasulAllah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, RasulAllah S. A. W di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 

5. Selepas Mikraj

RasulAllah S. A. W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. 

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. 

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. 

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." 
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Berdoa,berusha,bertawakal


Hari ini
bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna
banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskn
Sesekali langkah tersadung,rebah
menyembah
sesekali melangkah gagah tersenyum megah
semua itu memerlukn
pengorbanan,menentukn kesabaran
dan airmata,selagi prinsip hidup berada diatas landasan yang betul
usah dgusar pada anugerah Tuhan,anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi manusia
sesmpurna insan.

Monday

kebaikan berpanjangan

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=229930903693925&set=a.143289042358112.19303.100000310523691&type=1&theater

Lelaki dulu dan kini



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Friday

Kemampuan Bersyukur


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
(Bukhari)
Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7).
Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah
 i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.
 ii) Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah. 
iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah 
 iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

Thursday

Hanya Pada MU

Ketika orang lain bergantung pada dunia,
Gantunglah dirimu hanya kepada Allah.

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia,
Jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.

Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka,
Jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah.

Dan ketika orang lain pergi mengadap raja-raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka,
Jadikanlah dirimu betul - betul mencintai Allah

Wednesday

Wudhuk


Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”
 
(Muslim)
Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya "Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala".

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak - 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.


Tuesday

DUNIA SEMENTARA AKHIRAT KEKAL ABADI





tika malam suram.... 
tika cengkerik bersahutan.... 
dingin malam menikam kulit 
sang abid memuji Tuhan Pencipta 
kalimah Tuhan memenuhi ruang dada
aku.....masih jua begini 
diselimuti gebar tebal 
lena di buai mimpi manis....ngeri 
itulah hakihat diri.... 
tiada upaya 
tiada kudrat 
untuk menyahut seruan Mu Ilahi
mengapa aku masih begini 
sedangkan....dunia hanya mimpi ngeri 
penuh tipu daya tak penghujung 
sedangkan......janji Allah Maha Benar 
syurga tak terbayang indahnya 
neraka tak terkata panasnya
mengapa manusia masih buta......tuli????? 
mengapa aku jua begitu?????
kataku.....ucapku......hanya mainan 
disapu angin yang lalu 
sedangkan itu satu kemurkaan 
"MENGAPA TIDAK DIKOTA APA YANG KAMU PERKATAKAN"
ahhhhhhh.....ampunkanlah aku 
ampunlah kami....... 
ampunkanlah semua..... 
kerana..... 
sesungguhnya ALLah itu Maha Pengampun 
kerana...... 
sesungguhnya mati itu pasti 
akhirat pun pasti 
mizan pun pasti 
sirat pun pasti 
neraka pun pasti 
syurga sudah tentu pasti 
DUNIA sementara AKHIRAT kekal abadi

WALLAHU A’lam






Monday

nafas terakhir

Bila izrael datang hampiri
tinggallah harta,saudara,anak isteri
nafas terhenti lemahlah diri
jasad terbaring tidak bernadi

tiada lagi teman ketawa
tinggallah pangkat harta yang ada
ketempat sunyi jasad dibawa
dalam keranda dibawa pindah

diliang lahat tinggallah seorang
gelapnya wahai tidak terperi
selesai tanah ditimbus orang
tinggallah badan seorang diri

segala harta,pangkat,kuasa
tidak kan dapat membela
hanyalah amal dapat membantu
dan doa dari anak yang soleh..

Ummul –kitab

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Saya menyeru diri saya,dan sahabat2
Marilah kita bersama membaca surah
Al Fatihah..
Kita sedia maklum bahawa Surah Al-Fatihah dibaca 17kali sehari ketika bersolat..kalau kita tidak faham makna atau maksud yang terkandung dalam surah Al-Quran yang pendek(hanya 7 ayat)ini alangkah ruginya kita..
RasulALLAH (s.a.w)memberi banyak nama Al-Fatihah ,antaranya:-

Ummul –kitab( ibu Al-Quran)

Al-Hamd(Segala Puji)

Al-Syifaa’(penawar)

Al-Waafiyah(Yang cukup)

Al-Kaafiyah(yang cukup yakni cukup dengan membaca dia shj andai org baru 
mngenali islam tak tahu melainkan Al Fatihah,dia boleh solat)

RasulALLAH(s.a.w) bersabda

Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Al-Quran yg aku dapat,seluruh Al-Quran berada dalamnya.
.
Pernah RasulALLAH(s.a.w) katakan pada isteri2nya sebelum tidur,”wahai aisyah,wahai hafsah,sudahkah katham Quran sebelum tidur”,mereka terkejut ,lalu bertanya ..Bagaimana hendak katham Quran sebelum tidur Ya RasulALLAH(s.a.w)?Quran itu panjang 114 surah 6666 ayat,bagaimana mana nk katham?
RasulALLAH(s.a.w) senyum dan bersabda”kalau baca Al Fatihah sekali.sama banyak dengan katham Al-Quran”(sebab seluruh Al-Quran ada didalam Al-Fatihah)
Didalam Al-Quran ada sebut 5 perkara iaitu:-

1-Tauhid & Ibadah

2-Kiamat (kita ke dunia utk tunggu kiamat)

3-Balasan(berita baik & berita buruk)

4-Akhlak(sebagai hamba,ummat ,suami,isteri,anak ,jiran dan lain2..)

5-Sejarah(sejarah orang terdahulu,siapa RasulALLAH(s.a.w),Ibrahim (a.s),Musa (a.s)Isa(a.s)

Dan ke Lima-lima perkara ini ada didalam Al –Fatihah..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Kita perlu tahu,tafsir itu lain dan makna itu lain,ramai org fikir apabila tahu makna surah itu tahu tafsirnya,maaf saya tambah sikit..Makna lain dan Tafsir lain,kalau kita tahu makna saja tak cukup,kita mesti kena blajag dan ambil tahu..tafsirnya juga..
Dalam Tafsir Ibnu Kathir,apakah kelebihan Al-Fatihah,apakah Fadhilat Al-Fatihah,apakah gunanya Al-Ftihah,dan serba serbi Al-Fatihah itu..

1-Fadhilat yg pertama,ada seorang hamba ALLAH swt namanya Abi Sa’id Ibni Ma’alla r.a..katanya satu masa saya duduk solat dan baginda RasulALLAH(s.a.w), memanggil saya dan bersabda:-Mari sini wahai Sa’id,Aku mahu ajar kamu satu surah yang terbaik dalam seluruh Al-Quran..ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN..Al-Fatihah..maknanya satu dari surah terbaik dalam seluruh Al-Quran… RasulALLAH(s.a.w), Bersabda..
“Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Al-Quran yg aku dapat

2-Fadhilat yg kedua mengikut Tafsir Ibnu Kathir(sebuah hadis) dari Ubay bin Ka’ab r.a.. RasulALLAH(s.a.w), Bersabda
:- Al-Fatihah ini tidak ada dalam Taurat,tidak ada dalam Injil seperti Ummul Kitab..
Dan Al-Fatihah ini dibahagi dua di antara hamba ALLAH dan ALLAH..tiap2 kali kita baca satu,ALLAH jawab satu..nanti sat lagi saya terangkan apa yang dibaca,apa yang jawab..insyALLAH..

3-Al-Fatihah juga salah satu penawar,penyembuh..malah RasulALLAH(s.a.w) pernah berkata bahawa Fatihah itu sebuah Al-QURAN..As-Syaafiyah-penawar,ketika kita sakit contohnya pening2 bacalah As-Syifaa’kerana ubat rohani itu mustahak..ubat fizikal saja tanpa rohani tak sempurna mujarabnya kerana yg cipta penyakit ALLAH swt dan mencipta ubat juga DIA,Doktor,dukun,bomoh,pawang,dan lain2 adalah Wasillah,betul doktor dan lain2  pandai…
Tetapi kalau ALLAH swt tak izin,takkan sembuh juga,jadi..kita gabungkan keduanya..Rohani dan Jasmani..

4-Fadhilat yang ke 4,pada suatu masa Jibrail bersama RasulALLAH(s.a.w) dan tiba tiba terdengar bunyi diatas tempat mereka duduk dan banyak pintu-pintu langit terbuka lalu malaikat turun berkata “Tahniah ya Muhammad,ada dua cahaya yang Nabi lain sebelummu tak dapat,iaitu Fatihatul kitab dan Khawatim Al-baqarah..Khawatim Al-baqarah ialah ayat2 akhir surah Al-baqarah,yang selalu kita wiridkan..iaitu ayat kursi, Aamanar Rasul bima…dan seterusnya..

6-Akhir sekali RasulALLAH(s.a.w) bersabda;-
 Barang siapa SOLAT  tidak membaca Ummul kitab (Al-Fatihah),solatnya tidak sah,tidak diterima ALLAH.
Inilah Fadhilat Al-Fatihah yang kita patut tahu,
Mesti dibaca setiap solat,boleh juga untuk merawat..serta segala2nya..insyALLAH..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH
Kita sudah tahu dalam Al-Fatihah ada tauhid dan ibadah..kita mengaku keEsaan ALLAH dan beribadah kepada Nya,dan dalam Al- Fatihah ada kiamat,akhlak,sejarah,ada hukum dan sebagainya…sekarang  kita ke tafsirnya..dimana tauhid?
“ALLAH berfirman kepada RasulALLAH(s.a.w)”
“Apabila kamu membaca Al-Quran ya Muhammad,jangan lupa baca A’uzu bilaahi mina syaitanir rajim” ayat 98 An nahl
Kalau musuh kita manusia kita Nampak senang kita buat baik dengan dia lama2 dia akan jadi baik,akan tetapi musuh itu dari kalangan  syaitan,kita tak boleh buat baik,kita kena halau dia jauh “aku berlindung kepada MU  ya ALLAH ,daripada syaitan yang direjam”baru leww syaitan lari…
Jadi..ini satu doa yang kita perlu ingat dan perlu membaca ketika mula membaca Al-Quran,ketika dalam keadaan marah pun boleh baca ulang tiga kali insyALLAH.. akan tenang..
kita sambung pula dengan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ 

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
Ada separuh ulamak berkata ini ayat Al-Quran, ada ulamak kata ini bukan ayat Al-Quran,ini satu ayat yang apabila ALLAH turunkan RasulALLAH(s.a.w) boleh tahu surah ini habis,surah lain dimulakan,kalau tiada Bismillah ini kita pun tak tahu surah ini baru ke atau yang sama ka..tapi kalau kita lihat surah An-naml (semut):-
 Innahu min Sulaimana, wa innahu bismillahirrahmanirrahim..(An:Naml ayat 30)
Tak mengapalah kita mazhab shafie kita baca jahriyah,
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
ALLAH ialah salah satu nama Tuhan,Tuhan ada 99 nama,(Man ahsoha dakhalal jannah)Tetapi nama ALLAH ini kemungkinan besar(WALLAHU A’lamu bissowab) ialah nama teragung Tuhan,kemungkinan besar,oleh itu
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH
Andai kita nak mohon apa2 dengan Tuhan,jgn kata “Ya Tuhanku tolonglah ya Tuhanku..,”adalah lebih baik kita guna “Ya ALLAH,ya ALLAH ya Tuhanku ya ALLAH,ya ALLAH..” Dan kalau kita tengok  ayat kursi (Al-Baqarah ayat 255.).:-
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
RasulALLAH (saw) kata” ini nama teragung ALLAH .Dalam ayat ini jadi kemungkinan -ALLAH(WALLAHU A’lamu bissowab)

RAHMAN dan RAHIM:- 

*Padahal nama ALLAH ada 99 kenapa kata dengan nama ALLAH,.Maha Kasih..Maha Penyanyang,kenapa tidak kata Bismillahi awalu walaakhir,bismillah muntaqimul jabbar,,mesti orang kata pelik dia ni tak pernah dengar punnn..
Selalunya mesti Bismillahirrahmanirrahim,mengapa?kerana sifat RAHMAN melebihi dari sifat yang lain,Tuhan ada 100 RAHMAH,dekat dunia hat kita semua duk rebut2 nih,baru 1 aja 99 diAkhirat nanti,,dan  ulama berijmak kata apa?Rahman untuk seluruh makhluk,tapi Rahim khas untuk orang mukmin,orang beriman,dihari kiamat nanti ,itulah Rahman dan Rahim,Rahman untuk seluruh makhluk tidak kira muslim atau tidak,tapi Rahim untuk orang mukmin sahaja..
Rahman dan Rahim ini ada rahsianya..andainya kalau kita sedih ,ada musibah,ada masalah,hendaklah segera minta pertolongan kepada  ALLAH(swt)..zikirlah banyak2..

YA RAHMAN..YA RAHIM..

YA ARHAMA RAHIMIN IRHAMNA

YA ARHAMA RAHIMIN IRHAMNA

Dan ulama didalam buku Nama2 “HUSNA ALLAH” berkata,pada hari Jumaat  mulai Asar sampai Maghrib kita cuba duduk berzikir..

YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH

YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH

Dan apabila hampir nak azan Maghrib kita doa hajat kan
contohnya:- 

-Ya Rahman,ya rahim ya ALLAH,,kuatkan imanku

-Ya Rahman,ya rahim ya ALLAH..mudahkan urusan kerjaku

- Ya Rahman,ya rahim ya ALLAH..majukanlah perniagaan rojak buah ku,misalannya….
InsyALLAH..Amal amalan ini secara istiqamah..ikhlas..ALLAH  akan bagi apa kita hajatkan..:)

RasulALLAH (saw) apabila dia naik mi’raj,dia kata diLoh Mahfuz,TUHAN tulis besar2  bermaksud:-

 “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,RASULALLAH IALAH MUHAMMAD,,Sesungguhnya Rahmat KU melebihi Kemarahan KU”
Maknanya sifat utama ALLAH (swt) ialah RAHMAN..dan kerana itu saya menyeru diri saya sendiri serta para2 sahabat semua apabila kita hendak mulakan apa2 pun ingatlah DIA,mulakan dengan

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Seterusnya

ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN,
 Segala puji pada tuhan seluruh alam,

disini juga ada ayat tauhid,,-RABBIL A’ALAMIN,, RABB tauhid Rububiyah, RABBIL A’ALAMIN-Tuhan seluruh alam,alam yang kita tahu yang kita tak tahu,alam nampak,alam yang kita tak Nampak,alam manusia, alam,alam,dan alam
tauhid Rububiyah adalah tauhid sifat ,BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN itulah tauhid,,,
dan kadang masyarakat kita ini sentiasa menghayati ALHAMDULILLAAH ini contoh kalu orang duk Tanya awak sihat ALHAMDULILLAAH,dah makan ALHAMDULILLAAH..apa khabar kluarga dikampung.. ALHAMDULILLAAH..
ALLAH berfirman :-“kamu syukur,AKU tambah nikmat” kufur tak syukur aku tambah siksa pula yang amat berat..semoga kita semua dijauhkan sifat kufur..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Hayati ALHAMDULILLAAH ,Quran kita pun dimulai dengan ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN,,pasai apa?kita ini Muslim ,kita Muwahhiddin-tauhid,kita ini ummat RasulALLAH (saw)..
ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN dan ulang sekali lagi Ar-Rahmaanir Rahimm..sebelum itu kita dah baca BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ulang semula dalam Al-Fatihah.. Ar-Rahmaanir Rahimm,ini dikatakan tauhid sifat…

MAALIKI YAUMIDDEEN

Para sahabat2 yang diRahmati ALLAH.
Inilah KIAMAT
Kita sudah mengaku adanya KiAMAT,kalau Tidak mengaku adanya KIAMAT,habisss kita..kafir.kita datang ke dunia ni untuk apa?tunggu KIAMAT,pasal di hari KIAMAT – YAUMUL FASL-hari yang memisahkan antara yang baik dan yang buruk jahat,yang Taat pada perintah NYA yang derhaka ,jadi sekarang kita sudah mengaku adanya KIAMAT….
MAALIKI YAUMIDDEEN
“Hari yang tiada siapa boleh tolong yang lain ,segala urusan hanya urusan ALLAH”

RasulALLAH (saw) bersabda:- Manusia hari itu keadaan mereka paling sedih,ada berkaki ayam,kusut masai dan sebagainya itulah MAALIKI YAUMIDDEEN
Tiada siapa yang berkuasa,hari itu melainkan ALLAH,tiada siapa yang boleh bercakap,bergerak,melainkan dengan izin ALLAH..tentang KIAMAT dan kiamat adalah satu per empat daripada seluruh Al-Quran.SubhanALLAH
..
IYYAAKA NA’BUDU

Tauhid af’al,jadi tauhid rubbubiyah,tauhid ubudiyah..
IYYAAKA NA’BUDU-Hanya ENGKAU saja ya ALLAH yang kami menghambakan diri(sembah)-tauhid ubudiyah
WA-IYYAAKA NASTA’IN-aku tiada daya upaya,aku hanya minta pertolongan MU sahaja ya ALLAH
Maknanya kita sudah terlepas dari syirik,daya pun dah tiada kita serah sahaja pada ALLAH..semuanya melalui MU ya ALLAH..

IHDINAS SIRAATAL MUSTAQIIM

“Tunjukkan daku Ya ALLAH,kemana sepatutnya boleh aku pergi”(iaitu kejalan MU..jalan yang lurus)..itu AKHLAK,dan oleh kerana itu para2 sahabat yang saya sanjung,bila kita kata “IHDINAS SIRAATAL MUSTAQIIM”-tunjukkan aku ke jalan yang lurus ALLAH jawab dalam surah AL BAQARAH



1. Alif laam, miiim (Allah yang Maha Mengetahui maksudnya)
2. Kitab itu (Al-Quran) tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Kalau betul-betul nak SIRAATAL MUSTAQIIM()jalan yang lurus)ambillah kitab Quran ini,yang akan tunjuk kepada kamu jalan yang benar,Dan kerana itulah surah Al-Baqarah jatuh selepas Al-Fatihah,kerana jawapan kepada Al-Fatihah,padahal bukan surah Al-Baqarah yang turun dulu,yang turun dulu banyak lagi Ya aiyuhail muzammil,Ya aiyuhal muddashtir,Wannajmi wama hawa dan banyak lagi..
Tapi kerana surah Al-Baqarah itu jawapan kepada Al Fatihah,dan segala akhlak,segala hukum hakam ada dalam surah Al-Baqarah,hukum ribba,hukum jihad,hukum wasiat,hukum susu anak,cerai,semua dalam surah Al-Baqarah,haji puasa,solat.ada dalam surah Al-Baqarah,kerana itulah jatuh selepas Al-Fatihah….
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri niKmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
SIRAATAL-LAZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM

“aku nak jalan yang ENGKAU beri nikmat banyak”
Siapa yang ALLAH beri nikmat banyak?dan nikmat banyak itu akan dibagi bila?..Diakhirat nanti,di syurga,Siapa???-Nabi2 dan Rasul,syahid2,waliullah us solihin itulah SIRAATAL-LAZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM
Orang yang ENGKAU beri nikmat yang banyak wahai TUHAN.,Dan ini sejarah Nabi Ibrahim,sejarah Nabi Musa,Nabi Isa,semua ini Tuhan AN’AMTA ‘ALAIHIM
 Di akhirat nanti Ulil-azm ,yang Tuhan janjikan syurga.
SubhanALLAH..
AN’AMTA ‘ALAIHIM,didunia dia jadi orang terpilih,Di Akhirat Dijamin syurga,Nabi2 dan Rasul,syahid2,dan Ulil-azm

MAGHDHUB ‘ALAIHIM

“Bukan yang ENGKAU marah”

Marah kerana apa,dia tak amal yang TUHAN bagi,banyak ajaran melaui Nabi Musa dan sebagainya,Siapa tu?-yahudi,Ilmu banyak tapi tak beramal yang dia pelajari,walhal ilmu banyak itulah yahudi..
Termasuklah kita semua bukan semestinya yahudi sahaja,siapa saja didunia ini banyak,tak nak amal yang dipelajari,taknak dakwah,tahu halal haram tapi buat tak tau- MAGHDHUB ‘ALAIHIM juga,
Kita orang Islam pun kalu Tuhan kata tutup Aurat,tak mau tutup tayang sana sini-contohnya la..kalu Tuhan kata jangan minum arak duk minum juga..nak rasa juga ,jadi MAGHDHUB ‘ALAIHIM bukan sekadar untuk yahudi malahan semua..yang Tuhan suruh buat tak mau buat…Tuhan kata jangan duk minum Arak minum lagi tonggeng lagi botoi..(minta jauhlah kita semua)
Sebab itu nabi bersabda:-“Seluruh umatku masuk syurga,kecuali orang yang abaa”
Para shabat terkejut “Siapa yang abaa tu,Ya RasulALLAH?” RasulALLAH jawab yang abaa itu ialah semua dosa dia nak buat,semua suruhan ALLAH,dia tak mau buat…

WALAD-DHAALLIIN

Bukan orang-orang yang sesat,
disini ALLAH,bermaksud nasrani,akan tetapi kita orang Islam pun kalau  jahil tak mau belajar,sesat ini tiada ilmu,makan ikut suka hati,minum pun sama,bergaul lelaki perempuan ikut suka,seronok pergi club,disco,dangdut la,gig black metal, Ph D ini,phd Fisiologi,phd pempang petpot la,tapi baca Al-QURAN tak tahu,Al-Fatihah tak tahu,solat tidak tahu mana rukun mana sunat,mana wajib,,tidak pernah hendak ambil tahu atau belajar itu didalam golongan sesat,semoga kita semua tidak termasuk didalam golongan sesat,RasulALLAH bersabda bermaksud:-
“Kejahilan itu mati sebelum mati”
Dan Dia berkata lagi inilah setiap doa nabi2
“Ya ALLAH ya Tuhanku,tambahlah ilmu atas ilmuku”

Dan Nabi berwasiat:-

“Berilmulah,berilmulah,berilmulah”sesudah berilmu,Faa’malu..barulah beramal,Wa’alamu annakum lan turjabu,kena tahu:tiada pahala sedikit pun,illa an ta’malu ma tata’allamu,kecuali amal kamu belajar..
Tiada guna jika kita belajar macam jenis pun,buku hijau kuning merah la,buku hitam,buku putih,buku cop labah2 la,,Al-Quran tak tahu,Al-Fatihah tak tahu..dah tahu taka mal tak guna juga.

Para sahabat yang diRahmati ALLAH.
RasulALLAH (saw) suruh kita berilmu,kalau tidak kita akan sesat,kalau kita perhatikan tujuh ayat sahaja,tapi seluruh Al-Quran ada didalamnya,Tauhid ada,Ibadah ada,kiamat ada,balasan ada,sejarah ada,akhlak pun ada,tujuh ayat sahaja,SubhanALLAH..inilah satu dari mukjizat Al-Quran,kerana itulah Nabi kata;As-syafiyah-penawar,Al-wafiah-yang cukup..

Dan akhir kata semoga kandungan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua apa yang baik jadikan panduan teladan..apa yang salah tegurlah dengan bicara iman.. WALLAHU A’lamu bissowab .saya menyeru diri saya sendiri serta para sahabat yang saya muliakan marilah kita sama2..berselawat kepada junjungsn besar Nabi kita MUHAMMAD (SAW)serta fidyahkan Al-Fatihah kepada RasulALLAH(SAW),kedua ibubapa kita,guru2 yang bersanad hingga ke RasulALLAH(SAW)..serta semua muslimin muslimat.ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH