TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Harapan



Jika terus kau jaga harapanmu, yang merindu pada Langit, walau sampai getaran engkau bagai daun diterpa angin, maka air dan api ruhaniyah akan muncul, dan meningkatkan kesejatianmu.
Tak diragukan lagi, rindumu itu yang kan membawamu sampai ke sana.

Jangan hiraukan kelemahanmu, yang harus kau jaga itu kedalaman rindumu.
Sesungguhnya pencarian ini adalah janji Tuhan dalam dirimu, kerana setiap pencari layak dapatkan apa yang dicarinya.

Tingkatkan pencarianmu, sampai qalbumu merdeka dari penjara iaitu ragamu sendiri.
Biarkan saja dimata umum mengatakan, "sungguh malang nasibnya, dia telah mati," mereka tidak mendengar jawapanmu, 
"sesungguhnya aku hidup, wahai orang lalai, Walaupun, seperti raga yang lain, tubuhku telah dikuburkan, ke lapisan syurga memekar dalam qalbuku."

Ketika jiwa bercengkerama di taman penuh berbagai bunga indah,tidak perlu dirisaukan raga yang diselaputi tanah.

Bagi jiwa yang telah tersucikan, tidak sama sekali menjadi soalan jika raganya dimakamkan dipusara indah atau dimana seadanya.

Malah sebenarnya, dari alam jiwa nan penuh-warna, dia berseru, "... seandainya saja kaumku mengetahui."[✾]

Jika jiwa tak memiliki suatu kehidupan yang berbeza dari raga, lalu untuk siapakah Langit disiapkan sebagai istana bagi kehidupan abadi?

Jika jiwa tidak memiliki suatu kehidupan yang berbeza dari raga, kepada siapakah ditujukan janji, "Dan di Langit terdapat rezekimu."[❁]

Rujukan:
[✾] QS YaSin [36]: 26.

[❁] QS Adz-Dzariyat [51]: 22.
Rumi🌹