Andainya tiba ajal nanti
Tidak kira dimana,
nyawa tetap tercabut juga,
terpisah jua jasad dan nyawa.
Andainya tiba ajal nanti
Tidak kira muda mahupun berusia,
Akan tetap dikecap rasa,
Meninggalkan semua dikasihi.
Andainya tiba ajal nanti
sahabatku..,kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan DIA dihati,
ketahuilah dirimu amat ku sayangi.
Andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada-NYA ,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.
Jikalau ada yang sudi mengganti,
sahabat..,lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk disayangi .
Sahabat tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
DIA tetap kekal abadi,Sematkanlah dihati