Niat akan membezakan sejauh mana kualiti amalan kita dalam kehidupan.
Boleh jadi amalan yang besar pada pandangan manusia, menjadi kecil di sisi Allah, disebabkan niat.
Sebagai contoh, seorang yang memberi ucapan yang mengagumkan ramai
pihak tetapi disebabkan niatnya untuk meraih popularati semata-mata,
maka Allah tak pandang pun.
Dan boleh jadi amalan yang kecil pada pandangan manusia, boleh jadi besar di sisi Allah!
Mengutip sampah di tengah jalan kerana berniat menjaga kebersihan di
bumi Allah serta meyakini kebersihan itu adalah sebahagian dari iman
mungkin mengakibatkan amalan tersebut lebih bernilai.
Pastikan niat kita murni dan tulus nescaya Allah akan memudahkan apa yang kamu niatkan itu.
Wallahu a’alam.