Diri ku bukannya apa-apa
Hanya mencari cinta Illahi
Hanya mahu amalkan ajaran Rasul
Hanya mahu hidupkan ilmu para Aulia
Diriku bukan apa-apa
Hanya mahu membawa manusia agar mengenal Allah
Dengan jiwa dan sirr
Dengan cinta dan makrifat
Dengan kemabukan dan kefanaan
Dengan tiada lagi wujud hak dirinya
Diri ku bukan apa-apa
Hanya mahu mengajak manusia mengenal Rasulullah
Akan syariat dan hakikatnya
Akan awal ,akhir, zahir dan batinnya
Akan tempat sempurna pantulan Sifat JamalNya
Akan kewajiban Mencintainya
Akan membwa kepada syurga Makrifat dan syurga Akhirat
Diri ku bukan apa-apa
Bukan mencari kemuliaan
Bukan mencari sanjungan
Bukan mencari pengikut
Bukan mencari nama
Bukan mencari untuk ditakzimkan
Aku bukannya apa-apa
Aku bicarakan ketuhanan demi selamatkan insan dari buta dan syirik
Aku bicarakan tentang adab demi selamatkan insan akan cahaya Rasul dlm dirinya
Sesungguhnya hati insan dalam dua jari Allah
Jika tiada menjaga dua ini dgn sebaiknya
Hatinya akan dipusing pada JalalNya yakni kemurkaanNya
Jika menjaganya dengan baik maka hatinya akan dipusing pada sifat JamalNya yakni KerahmatanNya
Aku bukannya apa-apa
Jika adab dan akhlak
bukan urusan Rasulullah
Bukan pakaian para Aulia
Bukan rukun dan usul dalam ilmu makrifat
Bukannya dalil kebenaran syuhudiah
Bukannya pakaian para pejuang
Bukannya senjata yang utama untuk tersebarnya Islam
Nescaya tiada aku bicarakan
Nescaya tiada keras aku sampaikan
Aku bukannya apa-apa
aku tiada pilihan
aku juga tiada akan beri pilihan
Akan kepentingan akhlak dan adab
Dan tiada akan berlapang dada
Pada sesiapa jua
Demi sebuah cinta dan kasih sayang
Aku tiada apa-apa
Apa yg ku lakukan bukan untuk diri ku
Tapi untuk diri anak-anak ku
Demi takut akan kemurkaan Allah
Adapun pada diri ku
Tetap aku akan Ampuni dan tetap akan mencintai
Walaupun isi dada ku dirobek
Agar cahaya Rasul tiada terpadam
Mereka yang paling hampir dengan Rasulullah diakhirat ialah yang paling baik akhlaknya
Mereka yang paling hampir dihati gurunya
ialah Mereka yang paling indah adabnya
Sesungguhnya Aku yg tiada apa-apa
Walid Al Malik