TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Monday

Jangan ditangisi





Untuk jatuh cinta pada seseorang kadangkala tak perlu sebab yang logik,kadangkala rasa itu hadir Mungkin hati terpaut pada wajah,atau perwatakan yang menyenangkan semua itu datang dari izin NYA ,terpulang pada kita mengimbangi dengan kudrat pinjaman NYA..


kadangkala tatkala cinta berkembang membuatkan lena tak kunjung tiba..kihkihkih..
rindu yang datang menyambar bak helang tercengkam rasa gelisah rindu dijiwa dan adakala melemaskan jiwa bila cemburu menguasai diri..itulah cinta berat perasaannya,,,


Dan terkadang cinta hadir tidak sebelah pihak,berputik cinta serta terbalas, terasa dunia kita yang punya..
terasa titisan embun hilang tanpa sedar..
harumnya senentiasa berlegar dijiwa... 
dan amat pedih,luka bernanah membengkak dihati,,
apabila cinta itu dihalangi dan terpaksa diputuskan atau dilupakan,ini mungkin  pelbagai halangan,mungkin berlainan cara, rasa, bangsa, Agama,status dan sebagainya..


hakikat kita terkadang tiada siapa yang memahami 
akan satu rasa didalam jiwa,dan adakalanya kita merasa tiada siapa peduli akan kita dan semakin lama semakin kita rasakan jauh kita dengan dunia ini,sering kita ingat apakah salahku,apakah silapku hingga terjadinya begini...
bertenanglah DIA kan ada..


Masing-masing ada pendapat dan tafsiran tentang cinta
dan pengalamannya berbeza beza,ada yang terguling guling
ada yang sesak jiwa bila memikirkanya,ada rasa jauh..namun cerita nya menjadi sama..apabila inginkan cinta ikhlas jujur dan mahu kekal hingga hujung nyawa malah ada yang nak tunggu "ka pintu sorga" kihkihkih..


Namun terkadang kita lupa tujuan sebenar kita lahir ke dunia ini,tujuan dan matlamat kita bukan kita penentunya....
siapalah kita untuk menidakkan Takdir NYA bila denyutan cinta tidak lagi bernadi,siapalah kita untuk melawan hakikat ketentuan NYA .




Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu
(AI-Baqarah: 216)


Janganlah ditangisi perpisahan atau kegagalan didalam bercinta kerana hakikatnya jodoh bukan ditangan manusia
sedarlah,kamu ditemukan atas kasih sayang NYA 
Dan atas anugerah kasih NYA juga kamu dipisahkan bersama hikmah yang kita tidak tahu